Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg ber­manfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosan­kan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahu


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lahu, rengsa, senyampang, kemarukTiadaPelita Bahasa1 August 1995

Kembali ke atas