Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg ber­manfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosan­kan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya berkenaan terjemahan idle run dalam konteks berikut: These technologies allow drivers to reduce idle runPadanan bahasa Melayu untuk perkataan "idle run" ialah gerakan lahu. Istilah07.04.2021
Apa istilah untuk sleeper agent? "A sleeper agent is a spy who is placed in a target country or organization not to undertake an immediate mission, but instead to act as a potential asset if activated."Padanan bahasa Melayu bagi istilah sleeper agent ialah perisik lahu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.04.2023

Kembali ke atas