Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg ber­manfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosan­kan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.hu] | لاهو

Definisi : ; melahu 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. pelahu 1 orang yg berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 pekerja yg tidak membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lahu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
له مناكيرlahu manākīrAgama IslamHadithlihat: فلان لا يحتج به
idle shotsyot lahuKomunikasi MassaTiadaTiada
sleeper agentperisik lahuUndang-undangTiadaTiada
sleeper agentperisik lahuUndang-undangTiadaPerisik yang tidak menjalankan sebarang tugas atau misi tertentu ketika menunggu arahan untuk bertindak apabila terima isyarat.
ليس له اصلlaysa lahu ‘aslAgama IslamHadithlihat: لا اصل له
fatal errorralat mautTeknologi MaklumatPerisianKeadaan yang berlaku pada sistem atau atur cara, sehingga menyebabkannya terus tidak berfungsi atau gangguan pada keseluruhan sistem. Contohnya, atur cara yang membolot 100% masa UPP dan mengakibatkan sistem menjadi lahu. Keadaan ini biasanya berlaku kerana kesilapan pengekodan, pengujian yang tidak tuntas atau kehilangan fail yang diperlukan.

Kembali ke atas