Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lain] | لاءين

Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eksentriklain drp yg biasaKamus Dewan Perdana
e-elektronik. Singkatan e- digunakan bersama-sama dgn kata lain yg berkaitan dgn kandungan dlm bentuk digital, atau sistem yg dilaksanakan secara dalam talianKamus Dewan Perdana
pengemulsibahan kimia yg ditambahkan pd bahan lain yg dlm keadaan emulsi spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerinKamus Dewan Perdana
etimonbentuk kata yg menjadi sumber terbitnya bentuk kata lain, mis kata Austronesia Purba * hijav menjadi sumber kpd kata hijau (Melayu), ijo (Jawa) dan hilau (Tagalog)Kamus Dewan Perdana
empatikeupayaan menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lainKamus Dewan Perdana
emigranorang yg meninggalkan negaranya dan pergi ke negara lain utk menetap di situKamus Dewan Perdana
epizoithaiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginyaKamus Dewan Perdana
epifittumbuhan yg hidup dgn menumpang pd tumbuhan atau objek lain spt dinding atau batu, tetapi tidak mendapat makanan drp tumbuhan atau objek tsb, mis anggerik, paku pakis dan lumutKamus Dewan Perdana
epifenomenasst fenomena yg berlaku disebabkan fenomena lainKamus Dewan Perdana
mengentenmenempelkan (potongan pohon atau tampang) pd pohon lain supaya bercabang utk memperoleh buah yg baik dan banyak; mencantumkanKamus Dewan Perdana
12345

Kembali ke atas