Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lain] | لاءين

Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial.

Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain.

Tatabahasa20.02.2023
Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap'?Mengikut Kamus Dewan Perdana, "mengecap" bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala "menerap" bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap.Makna16.11.2022
Selamat sejahtera, 1.Saya membaca bahan-bahan bacaan seperti surat khabar,majalah,buku rujukan dan lain-lain.('bahan ' perlu ditulis jamak kalau belakang ada banyak contoh?) Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya membaca bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, buku rujukan dan lain-lain." Tatabahasa30.05.2022
Salam, laman sesawang prprm bermasalah ke? Saya tidak dapat melihat ruangan khidmat nasihat dan lain-lain juga.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Laman PRPM mengalami masalah teknikal. Sila layari semula pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan kami. Maaf atas segala kesulitan.
Lain-lain29.11.2023
Apakah yang dimaksudkan dengan subsidi menurut DBP?Subsidi ialah bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu (seperti perbadanan, kumpulan petani, dan lain-lain). Saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=subsidi untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain12.07.2022
1) Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap' dalam konteks pembuatan batik? 2) Perkataan manakah yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses?Untuk kefahaman yang asas, mengecap bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala menerap bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. Jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses pembuatan batik ialah mengecapMakna17.11.2022
Soalan.Susah dijawab.Lain-lain17.05.2022
testing aduan soalanuji cubaLain-lain14.10.2022
Mengapa laman web PRPM tidak konsisten? Pilihan-pilihan seperti terjemahan, kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain tidak selalu ada seperti biasa. Hari ini saya langsung tidak dapat mencari terjemahan bahasa Inggeris untuk satu perkataan sekalipun seperti kebiasaannya. Pilihan Khidmat Nasihat juga tidak ada dalam kotak 'Juga ditemukan dalam:'. Mohon ambil perhatian.Salam Sejahtera.


Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak kami mengambil perhatian mengenai isu gangguan teknikal yang berlaku dan tindakan susulan telah diambil. 


Terima kasih.
Lain-lain12.07.2022
111Maaf. Fail yang dilampirkan tidak boleh dibuka.Lain-lain18.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas