Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lain] | لاءين

Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah.
Kurik Kundi Merah SagaLain hulu lain pemarang, Buah bidara di atas bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaLain hulu lain parang, Bawa berjalan di kaki bukit; Lain dahulu lain sekarang, Kasih abang bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaLain hulu lain parang, Tanam selasih di atas bukit; Lain dulu lain sekarang, Jauh selisih bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain.
Kurik Kundi Merah SagaKain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang bahulu mengebam Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaBuah bahulu dari Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaBertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara.
Kurik Kundi Merah SagaCik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh.
12345678910...

Kembali ke atas