Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lain] | لاءين

Definisi : 1 tidak sama (ttg rupa, hal, keadaan dll); asing: ~ yg ditanyakan, ~ yg dijawab. 2 tidak termasuk dlm hitungan (kumpulan dll): Semua orang terpaksa bersenam, ~lah jika ia sakit. berlain berbeza (pendapat, kelakuan dll); berselisih: ~ benar tingkah laku ayah hari ini. berlainan berbagai-bagai (gaya, corak rupa dll): Mereka itu bersaudara tetapi ~ ibu. Apabila disoal, mereka telah memberikan jawapan yg ~. melainkan 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. memperlainkan memperlakukan berlainan; membezakan: Dia tidak pernah ~ anak tirinya drpd anak kandungnya. kelainan 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Puisi
 

Lain hulu lain pemarang,
     Buah bidara di atas bukit;
Lain dahulu lain sekarang,
     Jauh beza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(156)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iconographyikonografiKesusasteraanTiada1. Ilustrasi atau deskripsi dalam bentuk gambar, imej, lambang atau lain-lain.,2. Bentuk visual mewakili subjek-subjek berhubung dengan idea, kepercayaan, agama dan lain-lain.
phenologyfenologiGeografiTiadaCatatan atau kajian tentang peristiwa-peristiwa biotik berkala seperti pembungaan, pembiakan, penghijrahan dan lain-lain dalam hubungan dengan faktor-faktor sekitaran dan lain-lain.
calendarkalendarPerpustakaanTiada1. Satu takwim yang menunjukkan senarai hari, bulan, hari suci, hari kebesaran, dan lain-lain dalam setahun.,2. Satu senarai dokumen tentang pengarang, subjek, siri, kelas, atau lain-lain dalam sesuatu koleksi yang diberikan tarikh berserta catatan mengenainya yang disusun secara kronologi.
connectorpenyambungPerubatanTiadaSesuatu alat dan lain-lain yang menyambung satu bahagian dengan bahagian lain.
livestockternakanGeografiTiadaBinatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain yang dibela secara sara diri atau komersial bagi tujuan pembekalan makanan dan bahan mentah lain.
classification schemeskim pengelasanPerpustakaanTiada; dan lain-lain.
platitudeplatitudKesusasteraanTiadaKata-kata, kenyataan dan lain-lain yang terlalu sering diperkatakan sehingga menjemukan.
autopolymerizing resinresin pengautopolimeranPerubatanTiada, komposit dan lain-lain yang boleh melalui proses pempolimeran dengan sendiri tanpa memerlukan haba atau cahaya ultra-unggu.
debrispuingGeografiTiadaLonggokan atau mendapan bahan-bahan seperti serpihan batuan, tanah, dan lain-lain bahan tak organan yang telah diangkut dari satu tempat asal dan dimendapkan di tempat lain oleh sungai, angin atau ais.
doughdohSosiologiTiadaCampuran tepung, air, lemak dan lain-lain yang telah diuli dengan sebati.
12345678910...

Kembali ke atas