Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Mencampakkan batu keluar.

Bermaksud :

Lebih suka berbuat baik kepada orang lain daripada kepada keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(73)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tiu[ti.ju]kata namatanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal.Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni.[kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni]Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni.
menceruih[m«n.tS«.wuih]kata adjektifkeadaan kumpulan ikan (paya, sungai dan lain-lain) yang mabuk akibat daripada perubahan habitat atau alam sekitar (hujah lebat, air melimpah, percampuran air masin dengan air tawar) dan sebagainya.Dia dapat ikan banyak pasai pi saok ikan dok menceruih.[di.jA dA.pAt i.kAn bA.øA/ pA.sAj pi sAo/ i.kAn do/ m«n.tS«.wuih]Dia mendapat banyak ikan dengan cara menyauk kumpulan ikan yang sedang mabuk.
genjoq[g«n.dZâÖ]kata adjektifberkenaan pakaian dan lain-lain yang dibasuh yang berubah menjadi bertambah luas atau bertambah panjang daripada ukuran asal.Kalu kaen koman, sekali basoh dengan mesen genjoqla dia.[kA.lu kAen ko.mAn s«.kA.li bA.soh d«.NAn me.sen g«n.dZâÖ.lA di.jA]Kalau kain tidak bermutu, apabila dibasuh dengan mesin, berubahlah saiznya.
cenoi[tS«.noj]kata namasejenis minyak pengasih yang dihasilkan daripada pelbagai tumbuhan (pokok, cendawan dan lain-lain)Kalu pompuan kena palet minyak cenoi dia lari tinggai laki dia.[kA.lu pom.pu.wAn k«.nA pA.let mi.øA/ tS«.noj di.jA lA.Òi tiN.gAj lA.ki di.jA]Perempuan yang terkena palitan minyak cenoi, akan lari meninggalkan suaminya.
gebok[g«.b/]kata namasejenis alat yang berbentuk bulat panjang (daripada tembaga, kayu) untuk membuat (laksa, putu mayam, mi, cendol dan lain-lain), kebuk.Laksa beraeh hak buat dengan gebok lebeh sedap pada laksa bihun.[lA/.sA b«.ÒAEh hA/ bu.wAt d«.NAn g«.b/ l«.beh s«.dAp pA.dA lA/.sA bi.hun]Laksa beras yang dibuat dengan menggunakan gebok lebih sedap rasanya daripada laksa bihun.
redai[Ò«.dAj]kata namasejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain.Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah.[dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh]Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah.
kue bakak[ku.we bA.kA)Ö]kata namasejenis kuih kering manis daripada tepung dan gula yang diuli dan dibakar dalam acuan yang berbentuk ikan atau bunga dan lain-lain.   
perisi[p«.Òi.si]kata kerja1. membuang biji atau mengasingkan antara isi dengan biji buah-buahan (asam jawa, ulas durian, biji rambutan dan lain-lain), mengupas, menguliti.Mak dok perisi buah moktan nak bagi adek makan.[mA/ do/ p«.Òi.si bu.wAh m/.tAn nA/ bA.gi A.de/ mA.kAn]Ibu sedang mengasingkan isi buah rambutan daripada bijinya untuk dimakan adik.
anoq[A.nâÖ]kata namasejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain.Jangan boh lebeh pada tiga gundi ataeh anoq tu, krebau tak larat tarek.[dZA.NAn boh l«.beh pAdA ti.gA gun.di A.tAEh A.nâÖ tu kÒ«.bAw tA/ lA.ÒAt tA.Òe/]Jangan letakkan lebih daripada tiga guni atas anur itu kerana kerbau tidak berupaya menariknya.
minyak cenuk[mi.øA/ tS«.nu/] minyak yang dibuat daripada pohon cenuk (bengkawang, lengkawang, minyak tengkawang, minyak lengkawang, minyak kawang, minyak damar laut, kawang). Minyak cenuk biasanya dijadikan bahan awet yang disapu pada kayu (perahu, rumah dan lain-lain).Pak Mat tukang, sapu perahu payang dengan minyak cenuk bagi tahan lama.[pAk mAt tu.kAN sA.pu p«.ÒA.hu pA.jAN d«.NAn mi.øA/ tS«.nu/ bA.gi tA.hAn lA.mA]Pak Mat Tukang, menyapu perahu payangnya dengan minyak cenuk supaya tahan lama.
12

Kembali ke atas