Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Mencampakkan batu keluar.

Bermaksud :

Lebih suka berbuat baik kepada orang lain daripada kepada keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(73)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "bagi" kata hubung atau kata sendi nama? Minta pencerahan. Teriam kasih.

“Bagi” ialah Kata Sendi Nama yang digunakan untuk menyatakan seseorang atau sesuatu yang memperoleh kesan, manfaat dan lain-lain daripada sesuatu tindakan, keadaan dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 172.

Tatabahasa27.08.2023
Adakah betul penggunaan 'daripada' - aduan daripada pelanggan - program pengajian daripada fakulti - graduan daripada bidang lain - daripada universiti awamSemua contoh penggunaan kata sendi 'daripada' yang diberikan adalah betul.Tatabahasa22.01.2021
SALAM 1 MALAYSIA, adakah perkataan 'sekolah kurang beruntung' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon cadangan lain daripada pihak tuan (jika ada): Lazimnya, sekolah kurang murid (SKM) sering dikaitkan dengan sekolah kurang beruntung (disadvantaged schools) kerana pelbagai masalah seperti kekurangan guru berkualiti, kekurangan prasarana berkualiti, persekitaran yang kurang kondusif, dan kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran. terima kasihKami mencadangkan disadvantaged school diterjemahkan kepada sekolah berkeperluan.Istilah04.12.2015
Pihak DBP Niaga telah menghantar buku lain daripada yang dipesan. Apabila menghubungi DBPNiaga untuk maklumkan hal ini melalui pesanan mesej, saya dimaklumkan buku yang pesan akan dikirimkan. Sudah berlalu buku yang dipesan itu masih belum diterima lagi. Peristiwa seumpama ini amat mengewakan saya sebagai pelanggan. Seharus semakan dibuat sebelum buku-buku dihantar kepada pelanggan. Kerana kecualian pegawai DBBNiaga, saya pula menanggung kelewatan dan kesulitan. Harap perkara seumpama ini tidak berlaku. Dalam dunia perniagaan hal seumpama tidak wajar berlaku dan hal ini juga menjejaskan nama baik Dewan.Kami mengambil maklum tentang aduan ini dan akan menambah baik perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman tuan, stok buku yang tuan tempah baru diterima dan proses pengeposan buku tuan akan dilaksanakan segera.Lain-lain12.09.2023
saya ingin bertanya tentang perkataan 'culaan'. Setelah dikaji, saya mendapati perkataan 'culaan' tiada dalam kamus. Bahkan, istilah 'cula' membawa maksud yang lain daripada 'culaan' yang sering digunakan untuk banci. Mohon pencerahan memandangkan istilah 'culaan' begitu popular dalam surat kabar dan artikel ie mencula, membuat culaan etcBuat masa ini perkataan culaan tidak terdapat dalam kamus di DBP. Akan tetapi, berdasarkan korpus ia membawa maksud pengiraan awal/pengiraan banci. Mungkin selepas ini akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam kamus jika berkaitan.Istilah30.06.2015
Saya Haswanee Jekdoloh dan Saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna istimeywaIstimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna29.10.2015
Sila pilih frasa/penanda wacana yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). 1. Selain daripada itu 2. Selain dari itu 3. Lain daripada itu 4. Lain dari itu 5. Tambahan lagi

Penanda wacana yang betul ialah nombor 3 dan 5:Lain daripada itu” dan  “Tambahan lagi”.

Tatabahasa22.09.2021
SAYA RY SRALYHAS SAYA BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA ISTIMEWA TERIMA KASIHIstimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa.Makna28.10.2015
Adakah frasa "selain daripada" betul? Terima kasih.Frasa selain daripada merupakan bentuk lewah kerana perkataan selain sudah bermaksud lain daripadaTatabahasa14.06.2021
Salam sejahtera. Apakah jenis metafora menurut pandangan za'baMetafora mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perban­dingan atau kiasan). Jika menurut pandangan Za'ba, pihak kami tidak mempunyai pangkalan data berkenaan hal tersebut. Tuan/Puan boleh merujuk mana-mana buku terbitan beliau untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain02.01.2018
12345678910...

Kembali ke atas