Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supersonicsupersonikAeroangkasaTiadaKeadaan yang laju arus atau pesawat udara mengatasi laju bunyi.,Keadaan yang laju arus atau pesawat udara mengatasi laju bunyi.
supersonic speedlaju supersonikSosiologiTiadaLaju yang melebihi laju bunyi.
corresponding speedlaju sepadanKejuruteraanTiadaNisbah laju model berbanding dengan laju kapal sebenar.
velocity rationisbah halajuMekanikGunaanNisbah laju pengikut terhadap laju pemacu dalam sesuatu sistem pemacuan. Angka berkenaan memberikan kadar penambahan atau pengurangan laju yang diperoleh melalui sistem pemacuan yang berkenaan. Istilah ini juga digunakan untuk pemacuan gear dan pemacuan tali sawat. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, kapi pemacu, kapi pengikut.
sensitivity of governorkepekaan pengawal imbangMekanikGunaanNisbah laju min pengawal terhadap perbezaan di antara laju maksimum dengan laju minimum.
Mach numbernombor MachFizikMekanikNisbah laju jasad atau titik pada jasad dengan udara atau bendalir di sekelilingnya, atau, nisbah laju bendalir dengan laju bunyi dalam medium yang sama.
wind speadlaju anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganNisbah antara jarak yang dilalui oleh udara terhadap masa yang diambil melalui jarak tersebut. Laju angin seketika atau singkatnya laju adalah sepadan dengan sela masa yang sangat singkat. Min laju adalah sepadan dengan sela masa yang tertentu.
uniform speedlaju seragamMatematikTiadaLaju yang malar. Lihat juga laju.
sonicsonikAeroangkasaTiadaKeadaan laju objek yang menyamai laju bunyi.
subsonicsubsonikAeroangkasaTiadaKeadaan laju objek di bawah laju bunyi.
12345678910...

Kembali ke atas