Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksamana (kata nama)
Bersinonim dengan raja laut, amurulbahar, ketua angkatan laut.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih.Ayat 1 " Bilakah  baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul

Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya  Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya.
Tatabahasa14.08.2018
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut: 1">

1.  Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana:
   
i.  Beta (KGND Pertama)1">

ii.  Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua)1">

2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah1">

i.  Kekanda (KGND Pertama)1">

ii. Adinda (KGND Kedua)1">

1.   Sultan berkata dengan Putera/Puteri1">

i. Ayahanda (KGND Pertama)1">

ii. Anakanda (KGND Kedua)

1">

Sekian. Terima kasih.1">

Tatabahasa18.06.2017
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berdasarkan ayat yang saya berikan ini. "Baginda menitahkan agar laksamana datang menemui baginda di balai penghadapan dengan segera." Soalan 1: Adakah perkataan "menitahkan" dalam ayat ini salah? Soalan 2: Apakah maksud "balai penghadapan" dalam ayat yang diberikan?
1. Perkataan menitahkan betul, namun ayat tersebut perlu dibaiki menjadi "Baginda menitahkan laksamana datang mengadap baginda...".
2. Balai penghadapan ialah tempat rakyat mengadap raja.

Tatabahasa01.05.2014
1. Pengerusi memulakan Mesyuarat Ke-52 Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) dengan mengucapkan salam dan menjemput semua ahli JLAKS yang beragama Islam untuk membacakan Surah Al-Fatihah memohon keberkatan kepada Allah SWT. 2. Pengerusi seterusnya mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli JLAKS yang hadir ke mesyuarat JLAKS kali Ke-2 pada tahun ini. Pengerusi juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa JLAKS yang baru dinaikkan pangkat mulai 19 Sep 13 yang lalu seperti berikut:Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih.

1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami.

2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu.

3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). 

Makna27.11.2008
perbezaan antara sultan dan raja

Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'.

Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: 

Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain);

Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; 

Makna02.07.2009

Kembali ke atas