Apakah maksud "laksana" dalam situasi ini: Generasi sekarang bijak laksana Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud laksana ialah sebagai, umpama, atau seperti. Contoh ayat yang betul ialah Pasangan pengantin itu laksana cincin dgn permata. Laksana juga memberikan maksud yang lain, iaitu pelaksana orang, badan dan sebagainya yang melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dan lain-lain). | Makna | 01.06.2017 |
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile? | Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih. | Makna | 08.07.2008 |
apakah maksud seperti bunyi gong pecah,laksana diharungi ular,laksana burung diam dalam sangkar,seperti anak ayam kehilangan ibu,seperti anjing dengan kucing,seperti api dalam sekam,rosak badan kerana mulut,ada gula ada semut,dan bumi mana tidak ditimpa hujan? | Makna peribahasa yang ada dalam senarai rujukan kami (merujuk soalan saudara) adalah seperti yang berikut: laksana burung diam dalam sangkar = orang yang terikat hidupnya. anak ayam kehilangan ibu = kesusahan kerana bercerai dengan sahabatyang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. seperti anjing dengan kucing = selalu bertengkar. seperti api dalam sekam = perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. kerana mulut badan binasa = mendapat kecelakaan kerana perkataannya. ada gula ada semut = di mana banyak kesenangan, di situ ramai orang datang. bumi mana tidak ditimpa hujan = tiap-tiap orang adakalanya buat kesalahan.
| Lain-lain | 13.04.2008 |
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau | Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”. Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my | Tatabahasa | 12.03.2024 |
Boleh berikan perbezaan aspek penggunaan "bak, umpama, laksana, macam, bagai, seperti" dalam bandingan semacam? | Kata bak, umpama, laksana, macam, bagai dan seperti berada dalam medan semantik yang sama. Perbezaan antara kata tersebut sukar digarissempadankan kecuali dengan melihat laras penggunaan dan makna-makna bagi setiap kata. Misalnya kata umpama dan laksana lebih bersifat puitis jika dibandingkan dengan kata macam, dan makna bagi kata umpama mempunyai lima pecahan makna berbanding macam yang mempunyai tiga pecahan makna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dalam takrifan bagi setiap kata tersebut. | Makna | 14.03.2024 |
Puan, Sila jelaskan maksud peribahasa "Laksana kunyit kena kapur" Terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "sebagai kunyit dengan kapur" yang bermaksud mudah mesra. | Lain-lain | 14.08.2013 |
Assalamualaikum, 1. Apakah maksud peribahasa laksana perahu bersauh tunggal? | Maksud peribahasa ini tidak ada dalam sumber rujukan kami. | Makna | 11.11.2009 |
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk perkataan tambahan 'laksana'. Perlu menggunakan perlaksanaan atau pelaksanaan? Apa perbezaaan kedua-dua perkataan tersebut kerana kedua-duanya terdapat dalam Kamus Dewan. | Kedua-dua kata terbitan tersebut betul. Pelaksanaan bermaksud perihal perbuatan melaksanakan dan perlaksanaan bermaksud hasil perbuatan melaksanakan. | Tatabahasa | 17.04.2017 |
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan. | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 26.09.2017 |
apakah maksud kata terbitan dan contoh-contohnya | Kata dasar yang menerima imbuhan (awalan/akhiran/apitan) akan menghasilkan kata terbitan. Contohnya apitan peN-...-an digabungkan dengan kata dasar laksana akan menghasilkan kata pelaksanaan dan pelaksanaan adalah kata terbitan. | Tatabahasa | 21.09.2011 |