Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, 1. Apakah maksud peribahasa laksana perahu bersauh tunggal?Maksud peribahasa ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.Makna11.11.2009
Salam Sehati Sejiwa, 1. Apakah beda KATA DASAR dan KATA TUNGGAL? 2. Mohon diberikan contoh bagi KATA DASAR dan KATA TUNGGAL. 3. Kata 'bekalan' ialah golongan kata apa? 4. Mohon diberikan contoh kata terbitan yang berfungsi sebagai kata dasar, iaitu apabila diletakkan imbuhan menjadi kata terbitan juga. Terima kasih.1. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan). 2. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  
3. Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu:

1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi.
2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi.
3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi.
4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69.
Tatabahasa12.09.2015
definisi melukis dan menulisMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, melukis ialah 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; manakala menulis ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik;Makna02.08.2010
Adakah umpan tiruan dikenali sebagai gewang dalam bahasa Melayu? Saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Merujuk kepada Kamus Dewan "Gewang" mempunyai  dua makna iaitu pertama tergewang-gewang tergoyang-goyang dan yang kedua ialah 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. Lain-lain14.09.2019
peribahasa pungguk rindukan bulan atau pungguk merindukan bulan

Dalam kebanyakan pantun dalam buku 'Kurik Kundi, Merah Saga' (Koleksi Pantun) mengungkapkan seperti yang berikut:

1. Seperti pungguk rindukan bulan

2. Macam pungguk rindukan bulan

3. Laksana pungguk rindukan bulan

 

Tetapi dalam contoh yang diberikan dalam KD4:

1.Seperti pungguk merindukan bulan.

 

 

Lain-lain20.02.2009
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih .Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu:

1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi.
2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi.
3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi.
4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69.
Tatabahasa30.07.2015
apakah perbezaan penggunaan perkataan 'kefahaman' dan 'pemahaman' serta 'penulisan' dan 'menulis'. yang manakah yang betul,? ujian kefahaman/pemahaman dan pertandingan menulis/penulisan cerpenPemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. Penulisan ialah perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; Menulis pula ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; Oleh itu, ayat yang betul ialah 1. ujian kefahaman. 2. pertandingan menulis cerpen.Lain-lain15.08.2010

Kembali ke atas