Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lang] | لالڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark; lalu-~; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : nama sj rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalang

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lalang SebatangAidil Farmi MohamadTunas Cipta1 February 2005
LalangEzzar Mohd. KamalTunas Cipta1 September 2005
Lalang menjulang di Kubu AliceHamzah HamdaniDewan Budaya1 August 1983
Lalang dan BintangShafie Abu bakarDewan Bahasa1 May 1972
LalangSyahadat YusofUmmi1 December 1996
Umpama Lalang Ditiup AnginMohd. Rosli SaludinDewan Sastera1 September 2001
Padang LalangRitah YahayaDewan Sastera1 October 2008
Bukan Lalang Ditiup AnginNoordin HassanDewan Sastra15 January 1972
Bukan Lalang di Tiup AnginRogayah A. HamidDewan Sastera15 December 1979
Tarian LalangWadi Leta S. ADewan Sastera15 August 1984
12

Kembali ke atas