Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan per­jalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikut­nya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perem­puan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. men­jalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, me­neruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Pisang rendah masak hijau,
     Nanti layu tidak layu;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Nanti lalu tidak lalu.


Lihat selanjutnya...(103)
Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(73)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
glance<i>n brief look,i> memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: <i>a ~ at the newspaper,i> memandang surat khabar sepintas lalu; at a ~, sekali pandang: <i>June could see at a ~ that he was extremely worried,i> sekali pandang June tahu dia sangat risau; at first ~, pertama kali pandang: <i>it looks easy at first ~,i> pertama kali pandang perkara itu nampak mudah; /cast, have, take/ a ~, memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: <i>she cast a quick ~ at her face in the mirror,i> dia memandang mukanya sekali lalu dlm cermin; exchange~s, saling /berpandangan, pandang-memandang/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
passing in ~, sekali /imbas, lalu/, sepintas lalu: <i> he mentioned it to me in ~ last night,i> dia menyebutnya sepintas lalu pd saya malam tadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance<i>vii> 1. <i>look briefly, swiftly,i> memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: <i>she ~d in my direction,i> dia memandang sepintas lalu ke arah saya; <i>he ~d from one to the other questioningly,i> dia memandang sepintas lalu dr seorang ke seorang lagi dgn penuh tanda tanya; <i>I heard someone calling me and glancing around, saw my brother,i> saya terdengar seseorang memanggil, dan apabila saya memandang sekeliling sekali lalu, saya ternampak adik saya; 2. <i>glint,i> berkilau: <i>the silver tray ~d in the candle light,i> dulang perak itu berkilau disinari cahaya lilin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance~ st /over, through/, membaca sst /sekilas, sepintas lalu, sekali lalu, sekali imbas/: <i>the lecturer ~d over the student’s assignment during her free time,i> pensyarah itu membaca sekali lalu tugasan pelajar itu pd waktu lapangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
once-over<i>ni>;give /so., st/ /a, the /~, (<i>colloqi>) melihat /sso, sst/ /sekali lalu, sepintas lalu/: <i>he gave the car the ~ and then decided that it was too small,i> dia melihat kereta itu sepintas lalu dan memutuskan bahawa kereta tersebut terlalu kecil.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fleeting<i>adji> a. <i>lasting only a short time,i> sekejap; (<i>of glimpse, glancei>) sepintas lalu, sekilas (lalu), /sekilas, selayang /pandang, sejenak, seketika: <i>he paid them a visit,i> dia melawat mereka sekejap sahaja; <i>she gave the passport no more than a ~ glance,i> dia hanya memandang pasport itu sejenak; a ~ romance, percintaan kilat; for a ~ moment, buat seketika: <i>for a ~ moment I thought he was going to hit me,i> buat seketika saya fikir dia hendak menumbuk saya; b. <i>ephemeral,i> sekejap, sebentar: <i>the ~ beauty of autumn,i> kecantikan musim gugur yg sekejap sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance~ at, a. <i>look briefly, swiftly at,i> memandang /sekilas, sepintas lalu, sekali imbas, sekali lalu/: <i>she ~d shyly at him,i> dia memandangnya sepintas lalu dgn malu-malu; <i>he ~d at the title of the book,i> dia memandang sekali imbas tajuk buku itu; b. <i>alsoi> ~ through, <i>read quickly,i> membaca /sekilas, sepintas lalu, sekali imbas, sekali lalu/: <i>he didn’t even have time to ~ at the newspaper this morning,i> dia tdk sempat pun membaca surat khabar sepintas lalu pagi tadi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ago<i>advi> yg /lalu, lepas/, dahulu; (<i>ref to a longer periodi>) dahulu, yg /lampau, lalu/: <i>a few minutes ~,i> beberapa minit yg lalu; <i>some weeks ~,i> beberapa minggu yg lalu; <i>about seven or eight years ~,i> kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. <i>long since,i> pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: <i>it happened long ~,i> peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. <i>in bygone days,i> pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cursory<i>adji> sepintas lalu: <i>a ~ glance,i> pandangan sepintas lalu; <i>a ~ report,i> laporan sepintas lalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
passing/each, every/ ~ /week, year / , /minggu, tahun/ demi /minggu, tahun/; 2. <i>transitory, i> sementara: <i>it is only a ~ fancy, i> itu hanyalah minat yg sementara; 3. <i>incidental, casual, i> sekali /imbas, lalu/, sepintas lalu: <i>he only made a ~ reference to the book, i> dia hanya menyebut buku itu sekali lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas