Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas _____ menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Apakah jawapan yang betul ? | Jawapan yang betul ialah C. sambil Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas sambil menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. | Lain-lain | 16.12.2021 |
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lalu atau sambil. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas __________menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Terima kasih untuk jawab soalan saya. | Jawapan untuk soalan tersebut ialah C. “sambil”. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas “sambil” menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. | Lain-lain | 31.12.2021 |
Adakah ayat di bawah ini betul? Adakah peribahasa yang digunakan sesuai?tq Ibu saya ialah seorang yang cantik. Beliau sering menjadi tumpuan orang yang lalu-lalang seperti bulan dipagari bintang. | Mengikut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa bagai bulan dipagari bintang bermaksud cocok segala-galanya, iaitu kecantikan yang tiada tandingannya, kecantikan daripada segala aspek. | Makna | 26.01.2015 |
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan. | Tatabahasa | 14.03.2018 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |