Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.luan] | لالوان

Definisi : 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
orbitorbitLaluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi.Menengah Rendah
orbitorbitLaluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
protein liangpore proteinLaluan merentasi molekul protein yang dilalui oleh ion dan molekul kecil menyeberangi membran plasma dalam atau keluar dari sel dengan kaedah peresapan.Menengah Atas
arka refleksreflex arcLaluan impuls tindakan refleks.Menengah Atas
litar selariparallel circuitLitar yang mempunyai beberapa laluan bagi aliran arus elektrik.Menengah Rendah
gambar rajah sinarray diagramRajah yang menunjukkan laluan sesuatu sinaran melalui sistem optik.Menengah Atas
gambar rajah sinarray diagramGambar rajah yang menunjukkan laluan sinaran. Lihat RajahSekolah Rendah
duburanusBukaan pada hujung salur makanan yang merupakan laluan saki-baki makanan yang tidak tercerna dan bahan-bahan yang tidak perlu, untuk dikeluarkan dari badan.Menengah Atas
litar selariparallel circuitLitar yang arusnya terbahagi kepada dua laluan atau lebih sebelum bertemu untuk membentuk litar lengkap. Lihat RajahSekolah Rendah
litar bersiriseries circuitLitar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas