Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
1-1 heat exchangerpenukar haba 1?1KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi.
gatepintu; lawang; bukaan; laluan; getGeologiTiada1. Laluan masuk ke teluk atau ke pelabuhan, terletak di antara tanjung.,2. Laluan gunung yang dijadikan laluan masuk ke sesuatu daerah atau negeri.,3. Lembah yang rendah dan lebar atau bukaan di antara tanah tinggi, biasanya lebih lebar daripada jurang.,4. Laluan terbatas di sepanjang lembah sungai.,5. Fisur atau bukaan yang besar pada rangka radiolaria spumelaria.
one shot passwordkata laluan sekali cubaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang hanya sesuai digunakan apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata akar S, serta menggunakan nilai N dan S dalam fungsi penyulitan sehala f seperti yang berikut: Kata laluan 1 = f N(S) Kata laluan 2 = f N.1(S) Kata laluan 3 = f N.2(S), dan seterusnya. Fungsi di atas tidak akan digunakan lagi selepas kata laluan ke-N dijana. Kaedah penggunaan fungsi f boleh divariasikan ke bentuk lain seperti f N.1 (SN+1) oleh pengguna untuk sesi capaian seterusnya. Kaedah ini lebih mudah dikawal dan diingati berbanding kaedah penjanaan kata laluan rawak sepenuhnya kerana pengguna sentiasa boleh mengira kata laluan semasa dengan menggunakan fungsi f yang ditentukannya.
channelsaluranTeknikElektrik1. Laluan bagi frekuensi radio untuk sesuatu stesen siaran sama ada radio atau televisyen. 2. Laluan arus utama di antara punca arus dan elektrod salir dalam transistor kesan medan atau peranti separuh pengalir lain. 3. Longkang tempat laluan kabel/pendawaian lantai.
aisleruang sayapKesenianSeni Bina1. Laluan lurus di antara ruang utama dan ruang sekunder di dalam bangunan yang panjang, dipisahkan oleh arked, barisan tiang atau dinding skrin. Laluan ini biasanya digunakan sebagai galeri dan mungkin mempunyai tingkap cahaya atasan sepanjang laluannya. 2.��Laluan utama di antara susunan barisan kerusi seperti di dalam gereja dan auditorium.
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
roadjalan; jalan rayaKejuruteraanTiada1. Laluan terbuka untuk kembaraan dan pengangkutan.,2. Sebarang terowong atau laluan lombong.
lanelorongKejuruteraanTiada1. Laluan tertubuh, seperti lorong udara, lorong perkapalan, atau lorong lalu lintas lebuh raya.,2. Ruang di antara dua garis hiperbola pada corak pandu arah.
crosscutkerat silangGeologiTiada1. Laluan mendatar yang digali serenjang dengan lapisan batu arang atau telerang mineral.
airwaysalur udaraPerubatanTiada1. Laluan untuk udara keluar masuk pada paru-paru.,2. Alat mekanikal untuk memastikan pernafasan tidak terganggu terutama semasa pemberian anestesia am.
12345678910...

Kembali ke atas