Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lam 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SEKARANG TERSEBAR EJAAN MALAYSIA DI TERBALIKAN MENJADI ISLAM DALAM EJAAN JAWI MIM,LAM ALIF,SIN, YA ,ALIF= MALAYSIA DAN ALIF YA,SIN, LAM ALIF DAN MIM SOALAN SAYA ADAKAH BENAR EJAAN MALAYSIA DALAM JAWI BEGITU.. BILA SAYA BERHUJAH , EJAAN TU SALAH..MEREKA SURUH RUJUK DBP saya harap pihak dpb boleh bagi pencerahanSila lihat ejaan di bawah:

ٳسلام - مالسٳ1">

مليسيا – ايسيلم 1">

Adakah sama?
Ejaan26.08.2019
apakah faktor kedatangan pendatang asing, kepentingan, keburykan, dan langkah-langkah mengatasinya?Sila rujuk aritkel dibawah : 1. Bekerjasama menangani masalah pendatang oleh Megat Hishamuddin Megat Syamil Dewan Masyarakat 01/06/1998. 2. Buruk baiknya pendatang asing oleh A. Samad Ismail Dewan Budaya 01/12/1996. 3. Menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Lee Lam Thye Dewan Budaya 01/05/1998. 4. Menangani pendatang asing oleh Sundharan a/l Sivathasan Dewan Siswa 01/06/1998. 5. Pekerja asing dan pendatang haram Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/1996. 6. Pendatang tanpa izin mengancam kestabilan negara oleh Zin Mahmud Dewan Siswa 01/03/1997. 7. Pendatang tanpa izin: sudah mula bertapak? oleh Junipah Wandi Dewan Masyarakat 01/09/1994.Lain-lain20.10.2007
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih.

Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.03.2010
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kitaSila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998.Lain-lain23.07.2007
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam..Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.1">Tatabahasa26.02.2012
Salam sejahtera.Saya mohon bertanya kerana ada kekeliruan: 1."Harapkan pagar,pagar makan padi" atau "Harapkan pegar,pegar makan padi"? 2."Melepaskan batuk di tangga" atau "Melepaskan batok ditangga"? Harap pihak Tuan dapat membantu kerana ianya amat penting dalam memastikan maklumat yang betul disampaikan kepada anak murid.

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.

1">
Lain-lain12.01.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan burung pegar dalam padi?Tidak ada maklumat terperinci berkaitan burung pegar dalam sumber rujukan kami. Jika yang dimaksudkan ialah pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam.1">Makna06.01.2012
Apa komen DPB tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "melepaskan batok di tangga"?

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.1">

Lain-lain04.01.2012
Aslmkum. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah agama menurut DBP? Saya sedang membuat kajian berkaitan penggunaan istlah agama dalam pemasaran perniagaan. Adakah DBP ada senarai perkataan yang dikategorikan sebagai istilah agama? Terima kasih.
Berikut merupakan rujukan dalam membuat kajian berkaitan penggunaan istilah agama bagi pemasaran perniagaan. 1. Daftar Istilah Perbankan Islam 2. Kamus Kewangan Islam 3. Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam Boleh layari laman https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Carian Bestari dengan memasukkan kata kunci "Islam" dalam ruang atas, dan pilih domain Istilah Bahasa Melayu seperti yang berikut: - Perniagaan Islam - Kewangan Islam - Agama Islam


Lain-lain06.06.2021
Peribahasa harapkan pagar ATAU pegar makan padi dan seperti melepaskan batuk ATAU batok di tangga? Minta penjelasan. Terima kasih

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.

1">
Sastera15.04.2012
12

Kembali ke atas