Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lama;

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
otek[.tE]kata kerjamengumpan seseorang atau sesuatuDah lama dia dok otek budak tu, tak dapat-dapat.[dAh lA.mA di.jA do .tE bu.dAk tu tA dA.pAt.dA.pAt]Sudah lama dia mengumpan budak itu, tidak dapat-dapat.
tan II[tAn]kata kerjamengharap untuk memiliki seseorang atau sesuatuCen dah lama tan anak dara mami.[tSen dAh lA.mA tAn A.nA/ dA.ÒA mA.mi]Husin sudah lama mengharap untuk memiliki anak dara mami.
orang dapoq[o.ÒAN dA.po)Ö] bayi perempuanLama dah dok tunggu cucu orang dapoq, ni baru dapat.[lA.mA dAh do tuN.gu tSu.tSu o.ÒAN dA.po)Ö ni bA.Òu dA.pAt]Lama menunggu cucu perempuan, sekarang baru dapat.
peligan[p«.li.gAn]kata kerjamenghalauAku peligan dia pasai lama dia tak bayaq sewa[A.ku p«.li.gAn di.jA pA.sAj lA.mA di.jA tA bA.jA)Ö sE.wA]Saya menghalaunya sebab lama dia tidak membayar sewa.
basai[bA.sAj]kata adjektifberkenaan dengan wajah yang kelihatan pucat akibat sakit atau tidur yang berlebihan.Lama sangat hang tidoq, pasai tu muka hang naek basai.[lA.mA sA.NAt hAN ti.d)Ö pA.sAj tu mu.kA hAN nAe/ bA.sAj]Lama sangat awak tidur, sebab itu muka awak kelihatan pucat.
relah[Ò«.lAh]kata namakoyak berkenaan kainBok baek sikit pakai kaen pelekat tu pasai dah lama, takot relah.[b bAe si.kit pA.kAj kAen p«.lE.kAt tu pA.sAj dAh lA.mA tA.kot Ò«.lAh]Berhati-hati apabila memakai kain pelekat itu sebab sudah lama, bimbang terkoyak.
kelemok[k«.l«.mo/]kata namakelodak di dalam air yang lama bertakung.Kolah tu nak kena basoh pasai banyak kelemok.[ko.lAh tu nA/ k«.nA bA.soh pA.sAj bA.øA/ k«.l«.mo/]Kolah itu perlu dibasuh sebab banyak kekotoran.
jerelon[dZ«.Ò«.lon]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang tidak terdedah kepada sesuatu yang baru seperti fesyen, makanan, percakapan dan lain-lain; daoh.Hang ni pelek la, dah lama dok di pekan hang dok ikot perangai jerelon lagi.[hAN ni p«.lE/ lA dAh lA.mA do/ di p«.kAn hAN do/ i.kot p«.ÒA.NAj dZ«.Ò«.lon lA.gi]Awak ini peliklah, sudah lama tinggal di bandar masih mengikut perangai jerelon lagi.
   2. menenang atau mengarahkan sesuatu (senapang, buku) ketika melakukan sesuatu (menembak, membaca) dalam jangka masa yang agak lamaBudak tu dok perembang komik dalam kedai.[bu.dA tu do p«.Ò«m.bAN ko.mi dA.lAm k«.dAj]Budak itu sedang menenang komik dalam kedai.
lebuih[l«.buC]kata adjektifberkenaan ubi, kacang dan lain-lain yang lembut dan lembik kerana terlalu lama dimasak.Ubi tu dah lebuih tak sedap nak makan.[u.bi tu dAh l«.buC tA/ s«.dAp nA/ mA.kAn]Ubi itu sudah lembut dan lembik tidak sedap untuk dimakan.
12

Kembali ke atas