Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lama;

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAMA UMUM 
DALAI LAMA

Dalai Lama ialah pemimpin kerohanian orang

Tibet. Dia menjadi ketua golongan Yellow Hat,

golongan berfahaman Lama, iaitu satu cabang

fahaman Buddha.

UMUM 
KITAB PERJANJIAN LAMA UMUM 
DUNIA LAMA

Dunia Lama ialah istilah umum yang merujuk kepada

Hemisfera Timur.

UMUM 
JOHOR LAMA

 JOHOR LAMA, ibu negeri Johor pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (m.m. 1527-1564). Johor Lama terletak lebih kurang 20 km dari muara Sungai Johor. Setelah kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang menjadi pelarian telah membentuk kembali kerajaan Johor Lama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KOTA JOHOR LAMA

KOTA JOHOR LAMA, pusat pemerintahan awal Sultan Alauddin Riayat Syah II, Sultan Johor. Kota ini  dibina pada tahun 1545 dan terletak lebih kurang 16 km dari muara Sungai Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PIRANESI, GIOVANNI BATTISTA

Piranesi, Giovanni Battista ( 1720–1778),

pelukis gambar teraan yang terkenal kerana

karyanya tentang seni bina Rom lama. Hasil karya

tersebut mendorong arkitek untuk meniru corak

seni bina Rom lama dan mempengaruhi gaya

neoklasik dalam seni pada tahun 1700-an.

UMUM 
KERETA VINTAJ DAN KERETA LAMA UMUM 
TALENT

Talent ialah unit lama yang terkenal, digunakan

untuk berat dan nilai. Orang Ibrani, Babylon,

Yunani, dan Rom menggunakannya. Duit syiling

dalam jenis mata wang ini tidak pernah dibuat

kerana duit syiling itu akan menjadi terlalu besar.

Sebaliknya beberapa keping syiling lain bersamaan

satu talent. Talent perak orang Ibrani bersamaan

dengan 3000 shekel perak. Talent emas mempunyai

berat dan nilai yang berbeza di tempat-tempat yang

berbeza. Penggunaan perkataan talent sekarang

yang bermakna kebolehan yang istimewa , mungkin

datang secara simboliknya dari sebuah cerita

dalam Bible (Matthew 25:14–30).

UMUM 
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas