Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lama;

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSiapa kata lada tak kering, Lama-lama kering juga; Siapa kata dia tak kahwin, Lama-lama kahwin juga.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.
Kurik Kundi Merah SagaAlang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Milik Padang Jahana, Rama-rama di atas tunggul; Adik balik abang nak tanya, Lama-lama sekali timbul.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jambu Padang Lengkuas, Anak katak di atas tunggul; Kalau peluk tak jemu pandang tak puas, Lama-lama nanti sekali timbul.
12345678910...

Kembali ke atas