Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lama;

Puisi
 

Rama-rama terbang berderai,
     Patah galah dalam perahu;
Lama-lama baru bercerai,
     Perintah Allah mana tahu.


Lihat selanjutnya...(143)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit.Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.Alamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.Cermat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok.Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lekuk batu dititik air selalu.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas