Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP?Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.02.2017
Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP.Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2016
Selamat pagi dan salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya sekali. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah muat naik ke dalam laman media. Kata sendi nama 'ke' menunjukkan berlakunya pergerakan fail contohnya dalam simpanan komputer ke laman media dan penggunaan kata sendi nama 'dalam' merujuk laman media yang merupakan tempat/lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang nyata.Tatabahasa19.11.2018
yang manakah tatabahasa yang betul? -di laman web/ pada laman web terima kasihJawapan yang betul ialah melalui  laman webLain-lain22.09.2020
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat?

Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman web. Laman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. 

Lain-lain29.06.2018
Salam sejahtera, muat naik di laman media, muat naik ke laman media atau muat naik ke dalam laman media? Mohon penerangannya. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah melalui, iaitu muat naik melalui laman media. Melalui dalam konteks ayat tersebut berfungis sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.Makna26.11.2018
Laman sesawang prpm selalu beku. Melambatkan pencarian perkataan.Aduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain03.05.2017
Assalamualaikum w.b.t., Saya ingin menyemak, - Ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan berikut: 1) cap syarikat atau cop syarikat 2) laman web atau laman sesawang 3) sebutharga atau sebut harga (tender) 4) Urus setia atau Urus Setia 5) e-tender atau e-Tender - Setahu saya nombor di bawah sepuluh, penggunaan dalam ayat ialah "Didi membeli dua (2) buah buku" dan nombor sepuluh dan ke atas tidak perlu dieja. Adakah penggunaan tersebut betul dalam urusan surat rasmi? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Ejaan yang betul:

1. Cap syarikat
2. Laman web / laman sesawang (kedua-dua betul)
3. Sebut harga
4. Urus setia
5. e-tender
6. Kelaziman: nombor dieja dahulu dan diikuti bentuk angka dalam kurungan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain27.09.2019
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, yang mana penggunaan lebih tepat, LAMAN SESAWANG atau LAMAN WEB?Untuk makluman, kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan.Istilah05.09.2016
Sedang mencari Laman Sesawang DEKAD MEMBACA, tetapi belum saya temyui dalam Laman Utama DBP ini.Assalammualaikum WBT. Laman sesawang ini dalam proses pembinaan. Terima kasih.Lain-lain04.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas