Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman sesawang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGGUNAAN istilah laman sesawang @ laman sawang yang betul? terima kasih

Istilah yang betul ialah laman sesawang.

Istilah15.02.2009
Adakah pihak DBP menegur bank-bank di negara ini yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan pada laman sesawang, misalnya laman sesawang Bank Muamalat dan laman sesawang Bank Hong Leong. Tiadakah badan yang boleh menguatkuasakan peraturan agar bahasa kebangsaan diutamakan kepada mereka?Kami akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pihak tuan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.Tatabahasa22.11.2014
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat

1. laman sesawang - laman web

2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 

3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja.

Makna12.03.2009
Assalamualaikum, saya Abdul Wafi bekerja sebagai seorang penulis bebas di laman sesawang. Saya membaca banyak buku-buku terbitan DBP dan berminat untuk menulis apa yang saya baca ke laman-laman sesawang sebagai perkongsian ilmu dan mempromosikan buku yang saya baca. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang saya perlu lakukan untuk mendapat kebenaran Hak Cipta Terpelihara dari pihak DBP?Mohon berhubung dengan pegawai dari Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida Mohd Salleh melalui talian 03-2147 9523 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.02.2017
penggunaan 'dan atau' atau 'dan/atau'dalam ayat, 1. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." 2. "...merujuk kepada kepada laman sesawang syarikat dan atau laporan..." terima kasih.Perkataan 'dan/atau' boleh digunakan dalam ayat,  "...merujuk kepada laman sesawang syarikat dan/atau laporan..." ( 'dan/atau' merujuk kepada kedua-dua atau salah satu terma/perkara).Tatabahasa26.10.2020
mana yang betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial

Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

Lain-lain01.06.2010
salam mana yangb betul? laman sesawang sosial @ laman web sosial

Laman sesawang sosial atau laman web sosial, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

Lain-lain01.06.2010
Sedang mencari Laman Sesawang DEKAD MEMBACA, tetapi belum saya temyui dalam Laman Utama DBP ini.Assalammualaikum WBT. Laman sesawang ini dalam proses pembinaan. Terima kasih.Lain-lain04.04.2019
Adakah perkataan 'laman web' dibenarkan dalam bahasa melayu atau perlu ditukarkan kepada laman sesawang?Laman web boleh digunakan, begitu juga dengan laman sesawang.Istilah12.09.2008
Saya nak tanya, di mana boleh saya cari bahan-bahan berkaitan dengan korpus linguistik. Mungkin laman sesawang atau apa-apa artikel atau jurnal yang diterbitkan oleh DBP. Terima Kasih..Sila layari laman sesawang KORPUS DBP di http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx
untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan senarai bhaan dan sebagainya.
Lain-lain30.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas