Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman web


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan sebenar untuk Website? Tapak Web? Laman Web? Laman Sesawang? Mohon pihak DBP rujuk dalam kamus on-line DBP.Bidang Teknologi Maklumat menterjemahkan website kepada tapak web, walau bagaimanapun istilah laman web dan laman sesawang juga telah banyak digunakan dan diterima.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2016
yang manakah tatabahasa yang betul? -di laman web/ pada laman web terima kasihJawapan yang betul ialah melalui  laman webLain-lain22.09.2020
Adakah "di" juga digunakan untuk merujuk sasaran berunsur astrak? Contoh: lawati kami di laman web menurut Tatabahasa dewan, "di" digunakan di hadapan kata/frasa nama yang menunjukkan tempat Apakah subjektif untuk menggunakan "di" pada laman web. Adakah laman web di kategorikan sebagai tempat?

Menurut data kami, ayat yang betul ialah lawati kami melalui laman webLaman web bukan merujuk kepada tempat yang bersifat fizikal maka perkataan yang tepat ialah melalui. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan melaui bermaksud dengan perantaraan. 

Lain-lain29.06.2018
Hijab Closet Sep 15th, 2:51pm saya tidak dapat akses laman web DBP. adakah laman web sedang bermasalah?Kami mohon maaf atas kesukaran yang tuan/puan hadapi. Walau bagaimanapun, kini laman web kami boleh dilayari seperti biasa.Lain-lain15.09.2015
Adakah pihak DBP mempunyai hak untuk menegur pihak seperti KTMB berkaitan tiada penggunaan Bahasa Melayu pada laman web KTMB? Jika ada, semak sekali laman web MyRapid. Saya pelik mengapa mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan alasan laman web digunakan oleh semua orang dari pelbagai negara. Jika ingin dibandingkan, pengguna berBahasa Melayu lebih ramai berbanding yang berBahasa Inggeris. Selain itu, adakah pihak DBP mempunyai hak utk menegur pihak MRT Corp yang menggunakan sesetengah nama stesen bagi Laluan SSP dlm Bahasa Inggeris? Contohnya, Sri Damansara West, Sentul West, KLCC East, Bandar Malaysia North,Serdang Raya South&North dan Cyberjaya North. Lebih enak didengar jika perkataan 'West,East,North,South' ditukar ke Bahasa Melayu seperti KLCC Timur dan Sentul Barat. Harap pihak DBP dapat menyelesaikannya kerana penggunaan Bahasa Melayu semakin hari semakin berkurang. Terima kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 

Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.

Lain-lain03.03.2018
Salam. Boleh saya tahu bilakah semua entri dalam Kamus Dewan Perdana akan dapat diakses di laman web PRPM? Terima kasih.Salam sejahtera,

Entri dalam Kamus Dewan Perdana diakses di laman web PRPM.

Dimaklumkan bahawa, pihak kami sedang memuat naik entri Kamus Dewan Perdana ke laman web PRPM secara berperingkat. Entri tersebut juga akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.06.2021
SAYA INGINKAN PENCERAHAN, APAKAH MAKSUD LAMAN WEB PRPM DARI SUDUT FUNGSINYA DALAM PENDIDIKAN? APAKAH PERANAN LAMAN WEB INI DALAM DUNIA ICT PENDIDIKAN?Laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Puan Norawati melalui e-mel norawati@dbp.gov.my atau di talian 03-21479000.
Lain-lain18.04.2014
Saya mencari laman web untuk kelulusan semak baner untuk kelulusan majlis perak tengah.Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain09.11.2017
Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu.Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama.Lain-lain15.05.2015
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan.Istilah17.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas