Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai meĀ­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman web


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
browselayarTeknologi MaklumatTiadaProses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin.
news reader softwareperisian baca beritaTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang digunakan untuk memuat turun dan memaparkan berita dari laman-laman web di Internet. Kebanyakan laman web mempunyai pilihan kepada pelanggan sama ada untuk membaca secara dalam talian atau pun secara suapan RSS. Pilihan dalam talian menggunakan pendekatan yang biasa sebagaimana pelanggan membaca berita pada akhbar dalam talian. Pendekatan RSS pula membolehkan pelanggan mendapatkan dan menyimpan berita tanpa perlu melayar laman portal berita. Contohnya, perisian e-mel Thunderbird mempunyai aplikasi baca berita.
back buttonbutang undurTeknologi MaklumatTiadaButang yang terpapar di bahagian atas pengimbas laman web atau pada laman web itu sendiri untuk melihat laman web sebelumnya apabila diklik.
webpagelaman webTeknologi MaklumatTiadaSuatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm.
filtering softwareperisian penapisanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menyekat pengguna daripada mencapai laman-laman web yang tidak dibenarkan. Contoh perisian ialah Cyber Patrol dan Net Nanny.
search engine optimization (SEO)pengoptimuman enjin carian (SEO)Teknologi Maklumate-PembelajaranAmalan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke laman web dengan menjadikan laman web lebih mesra pengguna, pantas dan mudah untuk digunakan melalui pematuhan beberapa set peraturan laman web.
cookiekukiTeknologi MaklumatPerisianFail maklumat bersaiz kecil yang berfungsi untuk menyimpan dan mendapatkan semula maklumat tentang laman web yang telah dilawati oleh pengguna. Contoh maklumat ialah cara memasuki sesuatu laman web, cara melayari laman web dan jenis maklumat yang dicapai oleh pengguna. Sekiranya pengguna tidak mahu maklumat tersebut dikumpul dalam kuki, mereka boleh melumpuhkannya dengan menggunakan menu yang terdapat di pelayar web.
dynamic HTMLHTML dinamik (DHTML)Teknologi MaklumatPerisianKoleksi teknologi yang digunakan bersama untuk menghasilkan laman web yang interaktif dan beranimasi. Laman web ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa penanda statik seperti HTML, bahasa penskripan seperti JavaScript, bahasa definisi persembahan seperti helaian gaya lata (CSS) dan model objek dokumen. Semasa proses pemaparan, DHTML membenarkan bahasa penskripan untuk menukar pemboleh ubah dalam bahasa definisi laman web yang akan mempengaruhi rupa dan fungsi laman web tersebut. Dengan kata lain, ciri dinamik DHTML ialah cara DHTML berfungsi ketika laman itu dipaparkan dan bukan keupayaannya untuk menjanakan laman yang unik bagi setiap laman yang dibebankan. Contoh skrip laman web yang menggunakan DHTML adalah seperti yang berikut: DHTML example
 Kod biasanya disimpan dalam fail luaran, dan dapat dilakukan dengan memautkan fail yang mempunyai Javascript. Hal ini berguna apabila beberapa laman menggunakan skrip yang sama. Contohnya: 
bookmarktanda bukuTeknologi MaklumatTiadaPenanda yang dimuatkan pada sesuatu laman web untuk memudahkan pengguna kembali ke laman web tersebut.
image mappeta imejTeknologi MaklumatTiadaImej grafik dalam laman web yang membolehkan pengguna mengklik pada bahagian imej yang telah dipautkan ke laman web tertentu. Contohnya sekiranya pengguna menggunakan imej anatomi manusia , apabila pengguna mengklik bahagian jantu
12345678910...

Kembali ke atas