Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : 1. tanda yg menyatakan atau menge­nalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm trans­kripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan sesuatu; simbol; isyarat: Warna putih ialah ~ kesucian. berlambang mempunyai lambang. berlambangkan mempunyai sesuatu sbg lambang: Dgn ~ traktor, parti itu telah turut serta dlm pilihan raya yg lalu. melambangkan menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. memperlambang menjadikan sesuatu sbg lambang: Mereka bersetuju ~ pena utk persatuan mereka. memperlambangkan menyebabkan sesuatu mempunyai lambang; memberi berlambang: Majlis yg bersidang itu sepakat ~ DBP dgn daun lontar. perlambangan perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAMBANG UMUM 
LAMBANG DEWAN

LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas  pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP.

BUDAYAKonsep
KAJIAN LAMBANG KEBANGSAWANAN

Kajian lambang kebangsawanan ialah

kajian tentang sistem simbol yang digunakan bagi

mewakili individu, keluarga, negeri dan sebarang

institusi seperti gereja dan universiti.

UMUM 
AMBULANS

Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk

khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera.

Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor

yang dicat dengan lambang palang atau lambang

khas yang lain.

UMUM 
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM 
TULISANsistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan.BAHASAKonsep
BULAN SABIT

Bulan sabit ialah lambang yang menyerupai

bulan peringkat suku pertama. Dalam ilmu asal

usul dan lambang kekeluargaan, bulan sabit adalah

lambang anak lelaki kedua dalam keluarga.

UMUM 
PISCES

Pisces (atau lambang ikan) ialah nama buruj

(kumpulan bintang) di Hemisfera Utara, dan juga

merupakan salah satu daripada 12 tanda zodiak.

Pisces disimbolkan oleh dua ikan dengan kedua-

dua ekornya diikat bersama dengan tali pintal.

UMUM 
SWASTIKA

Swastika ialah simbol purba yang selalu digunakan

sebagai perhiasan atau lambang keagamaan.

Swastika berbentuk palang dengan kesemua hujung

lengannya membengkok ke arah sudut kanan,

selalunya mengikut arah jam. Swastika pernah

ditemui di bangunan Byzantine, ukiran Buddha, tugu

peringatan Celtik, dan duit syiling Yunani.

UMUM 
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas