critical signs | tanda kritis | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda atau lambang-lambang yang digunakan dalam kaedah kritikan teks lama. Sinonim: signe critique |
signe critique (Per.) | tanda kritik | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda atau lambang-lambang yang digunakan dalam kaedah kritikan teks lama. |
logic element | unsur logik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang melakukan fungsi logik, misalnya get atau flip-flop, atau kadangkala gabungan peranti-peranti yang dianggap sebagai satu entiti.,2. Lambang-lambang yang mempunyai makna logik. |
advertising appeal | pemikat periklanan | Komunikasi | Tiada | Kaedah yang digunakan oleh pengiklan untuk menarik perhatian khalayak dengan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu sama ada melalui kata-kata, tingkah-laku atau lambang-lambang yang mempunyai daya tarikan. |
grammatology | gramatologi | Kesusasteraan | Tiada | Sains tentang lambang tulisan atau teori umum tentang tulisan. Lambang dan makna tidak semestinya sama, khususnya dalam penulisan sastera. Lambang tidak semestinya membawa makna yang muktamad bahkan berbeza dan bertunda. Konsep ini diperkenalkan oleh Jacques Derrida melalui bukunya, Of Grammatology (1967), Writing and Difference (1967), dan Speech and Phenomena (1967). Lihat juga fonosentrisme. |
symbol manipulation | manipulasi simbol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Simbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha. |
pictogram | piktogram | Matematik | Tiada | Gambaran data dengan menggunakan lambang tertentu untuk mewakili kekerapan bagi perkara tertentu. Lambang yang digunakan mestilah ringkas dan mudah dilukis. Setiap lambang dalam sesuatu piktogram mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Piktogram digunakan untuk mewakili data dalam cara yang menarik, tetapi tidak begitu jitu. |
emblematic | nama lambang | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang. |
emblem | lambang | Kesenian | Tiada | 1. Lambang pada sesuatu barangan yang direka untuk menunjukkan identiti sesebuah organisasi. |
visual symbol | lambang visual | Pendidikan | Tiada | Lambang atau isyarat yang dapat dilihat dan memberikan makna tertentu. |