Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan Kesalahan istilah Lambat sangat atau sangat lambat"Lambat sangat" dan "sangat lambat" kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Istilah27.07.2021
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbpPerlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.Lain-lain01.10.2010
Lambat laun dan lambat-laun,yang mana betul?lambat-laun yang betul.Lain-lain04.01.2013
Antara lambat-laun dan lambat laun, ejaan mana yang betul?Ejaan yang betul ialah lambat-laun.Lain-lain03.06.2021
Cepatlah adik cepat Mari siapkan diri Usahlah kita (perlahan)/(lambat) Ayah sudah menanti JAWAPAN (perlahan)atau (lambat)betul? TERIMA KASIHUntuk makluman, jawapan yang tepat bagi merujuk ayat tersebut ialah lambat, iaitu Cepatlah adik cepat. Mari siapkan diri. Usahlah kita lambat. Ayah sudah menanti. Lain-lain23.01.2017
Salam sejahtera, kata sendi mana yg betul? "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba di sekolah" atau "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah?" Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Berdasarkan ketetapan ini, kata sendi nama yang sesuai ialah "ke". Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah.Lain-lain16.12.2019
Salam. Selain "perlahan" dan "lambat", adakah perkataan "lembab" boleh diterima sebagai kata lawan bagi "laju"? Terima kasih.Perkataan "lembab" bermaksud lambat berfikir, tidak cekap atau tidak cerdas (berkenaan fikiran) bukan berlawanan dengan perkataan laju (berkenaan pergerakan).Makna07.09.2022
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tqDalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut­-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung­-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut..

Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah  "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya."
Tatabahasa11.09.2013
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadPeraturan ejaan yang  menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun.Ejaan13.01.2014
Deretan kereta bergerak ______ kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. lambat seperti kura-kura. Adakah betul ayat di atas? Terima kasih.Ayat ini betul: Deretan kereta bergerak lambat seperti kura-kura kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. Tatabahasa28.05.2020
12345

Kembali ke atas