Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.mi.na] | لامينا

Definisi : ; baju ~ ark baju besi (rantai) pakaian pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lamina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, merujuk kepada pertanyaan saya bertarikh 6.07.09 untuk perkataan bahasa Inggeris laminate... jawapan yang diberikan ialah berlamina. Namun, setelah dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan lamina yang bermaksud 'laminate' tidak wujud. Seballiknya lamina merujuk kepada baju lamina (contoh baju besi). Adakah istilah lamina ini boleh digunakan dan diterima dalam penulisan bahasa Melayu. Terima kasih.

Saudara Aishma,

Perkataan berlamina boleh digunakan dalam penulisan bahasa Melayu sebagai padanan  bahasa Melayu bagi istilah laminate dalam bahasa Inggeris. Makna lamina dalam Kamus Dewan Edisi Keempat digunakan dalam konteks lain seperti yang dinyatakan. Saudara boleh juga merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Istilah13.07.2009
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah perkataan lamina boleh menerima unsur imbuhan apitan. Contohnya ialah melaminkan .

Istilah lamina  boleh menerima imbuhan apitan, seperti contoh yang berikut:

perlaminaan - laminating (istilah bahasa Inggeris)

Imbuhan apitan bagi istilah perlaminaan menunjukkan proses.

Istilah09.12.2022

Kembali ke atas