Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pam] | لامڤم

Definisi : sj ikan darat, kepiat; ~ jawa sj ikan darat, Puntius gonionotus; ~ sungai sj ikan darat, Puntius schwanefeldii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pam] | لامڤم

Definisi : , = ~ sungai nama sj ikan darat, Puntius schwanefeldii. ~ jawa sj lampam, Puntius gonionotus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lampam

Puisi
 

Ikan sepat di Paya Baru,
     Campur dengan lampam Siam;
Sudah dapat sahabat baru,
     Saya terbuang dalam diam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ikan lampam di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah untuk menulis nama-nama spesies ikan di tengah-tengah ayat? Contoh: Ikan Lampam Sungai, Selar Kuning, Aruan Tasik, Udang Galah? Adakah perlu ditulis Ikan Lampam sungai, Selar kuning, Aruan tasik, Udang galah? Bagaimana pula bagi spesies ikan Kerai, Jelawat, Selayang? Adakah ditulis ikan kerai, jelawat, selayang? Mohon penjelasan pihak tuan/puan.

Nama tempatan untuk ikan perlu ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Ikan lampam sungai. Selar kuning. Aruan tasik. Udang galah. Kecuali untuk huruf pertama pada permulaan ayat. Jika nama tempatan ikan berada di tengah ayat, nama tersebut ditulis keseluruhannya dengan huruf kecil. Contohnya: ikan kerai, jelawat, selayang, ikan lampam sungai, selar kuning, aruan tasik, udang galah. Nama tempatan bukan nama khas walaupun terdapat nama khas contohnya nama tempat dalam nama tersebut seperti lampam jawa.   

Lain-lain28.01.2023

Kembali ke atas