Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
preteriten 1. past tense,kala lampau: the ~ of the verb “have” is “had”,kala lampau kata kerja “have”ialah “had”; 2. verb in the past tense, kata kerja kala lampau: “swam” is the ~, “swam” ialah kata kerja kala lampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bygoneadj lampau, lalu: memories of ~ days, kenangan masa lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deep-frozenadj sejuk beku lampau: ~ vegetables, sayur-sayuran sejuk beku lampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
preteriteadj (gram.) kala lampau: a ~ verb, kata kerja kala lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bygonen masa /lampau, lalu/: let’s not talk of ~, jangan kita bercakap ttg masa lampau; let ~s be ~s, yg lepas jangan dikenang, yg sudah itu sudahlah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unmeasured2. unrestrained, immoderate, melampau-lampau: ~ abuse, caci maki yg melampau-lampau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pastn 1. the ~, bygone days, period of time before the present, masa /lalu, lampau/: this has often happened in the ~, ini sering berlaku pd masa lampau; 2. the ~, st that occurred in the past, /peristiwa, kejadian, kisah/ masa /lalu, lampau/: let us forget the ~ and work together, mari kita lupakan peristiwa masa lalu dan bekerja bersama-sama; the ~ is still very much in her thoughts, kisah masa lalu masih dlm ingatannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agoadv yg /lalu, lepas/, dahulu; (ref to a longer period) dahulu, yg /lampau, lalu/: a few minutes ~, beberapa minit yg lalu; some weeks ~, beberapa minggu yg lalu; about seven or eight years ~, kira-kira tujuh atau lapan tahun yg lampau; /a moment, a short while/ ~, sebentar tadi; long ~, a. long since, pd suatu masa /yg lampau, dahulu/: it happened long ~, peristiwa itu berlaku pd suatu masa yg lampau; b. in bygone days, pd zaman dahulu, dahulu kala; not long ~, tdk berapa lama dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
past perfect n 1. past perfect tense, kala lampau sempurna; 2. verb in past perfect tense, kata kerja kala lampau sempurna.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superchargevt 1. increase the power of an engine, mengecas lampau: a ~d police patrol boat, bot peronda polis yg telah dicas lampau; 2. fill with extreme sensation, emotion, meruap: the atmosphere was ~d with tension, suasana itu meruap dgn perasaan tegang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas