Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pir] | لمڤير

Definisi : helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping: baru dua tiga ~ aku baca, aku naik jemu; melampiri menyertai dgn yg lain (spt surat dll), mengirimi bersama; melampirkan menyertakan atau mengembar­kan dgn yg lain (spt surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping surat permohonan bercuti; lampiran sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll), tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pir] | لمڤير

Definisi : helai (kertas, surat dll); keping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampir (kata nama)
Bersinonim dengan helai, keping;,
Kata Terbitan : melampirkan, lampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Satu Malaysia. Saya telah lampir soalan dan jawapan yang telah saya buat, bolehkah saya tahu jawapan itu betul? terima kasih.Lihat LampiranTatabahasa18.10.2011
Tuan/Puan, Kami minta pertolongan anda untuk menyemak ejaan dan aturan ayat untuk banner kami. Banner ini singkat saja, kami hanya ingin memberitahu orang ramai yang bangunan kami untuk disewa. (lampir bersama sample banner untuk rujukan and approval DBP) Sekian Terima Kasih. HelenUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain15.05.2014
maksud perkataan : TERLAMPIR contoh ayat : SEPERTI TERLAMPIRPerkataan ini tidak salah dari segi Tatabahasa, tetapi jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah seperti lampiran, dilampirkan, di lampiran. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Maksud lampir ialah helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping. Untuk keterangan maksud, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa30.04.2009

Kembali ke atas