Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lancar;

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berjalan lancar atau berjalan dengan lancar?Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa10.03.2010
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar.Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu,  berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. Tatabahasa11.03.2010
YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCARProses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum.Tatabahasa12.12.2007
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut?Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency.Istilah10.01.2024
1. Adakah ayat berikut betul? a. Boleh membaca semua huruf dengan lancar. b. Hanya menguasai sebahagian huruf ajar. c. Dapat mengeja dan membaca suku kata dengan lancar. d. Belum menguasai suku kata yang dipelajari sepenuhnya. e. Tidak dapat bercerita dengan bahasa. f. Boleh memahami dan bertutur dengan bahasa yang mudah. Tidak dapat menbaca dengan lancar. g. Fasih dalam bercerita dan komunikasi. h. Fasih dalam pembacaan ayat.Seperti yang dijelaskan dalam soalan sebelum ini, ayat contoh yang diberikan tidak lengkap. Contohnya dalam ayat 1: Boleh membaca semua huruf dengan lancar - predikat dan keterangan predikat, tetapi tidak ada subjek dalam ayat ini. Untuk membina ayat dengan lengkap sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.Tatabahasa14.05.2012
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar?Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.06.2009
Tuan, saya difahami bahawa: (1) dengan ialah kata sendi yang perlu diikuti kata nama. Dalam hal ini, lancar dan meriah ialah kata adjektif. oleh itu, perlukah kita tambah -nya bagi kata adjektif ini jika depan ialah kata sendi dengan? contoh: (i)Program itu dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya atau (ii) Program itu dijalankan dengan lancar atau meriah? (yang mana betul) (2) dijalankan ialah kata kerja pasif bagi kata kerja aktif transitif bagi menjalankan. Oleh itu, bolehkah kita menggunakan : i) Program itu dijalankan dengan lancarnya atau perlu guna ii) Program itu berjalan dengan lancarnya? (yang mana betul) Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

Jawapan yang betul seperti yang berikut:

1. Program itu dijalankan dengan lancar dan meriah.
2. (i) Program itu dijalankan dengan lancar
    (ii) Program itu berjalan dengan lancar.

Tatabahasa30.07.2023
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.Berikut merupakan ayat yang betul:

(1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas.

(2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas.

(4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. 


(6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera.
 
(7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah.

(8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.

(9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita.
Tatabahasa29.07.2014
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah?Mohon penjelasan daripada pihak tuan. 1) Atur cara majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. 2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan. 3) Karnival Bahasa itu akan diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013. 4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Adakah perkataan memukuli dalam ayat di bawah sesuai digunakan?Mengapa? 1) Dia memukuli anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi.1) Majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah.
2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan.
3) Karnival Bahasa itu telah diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013.
4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
5) Dia memukul anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi.
Ayat pertama telah dibuang perkataan atur cara dan ayat kedua betul. Sila rujuk Kamus untuk melihat makna perkataan yang digunakan seperti memukul dengan memukuli. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat Konteks penggunaan kata sendi nama yang betul.
Tatabahasa15.02.2015
Apakah maksud perkataan bermakna dalam ayat di bawah? murid lancar menyebut perkataan bermakna tanpa gagap.Bermakna dalam konteks ayat tersebut ialah perkataan "bermakna" itu sendiri.Sastera26.08.2015
12345

Kembali ke atas