Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.car] | لنچر

Definisi : terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang­-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu; 2. menghafaz, selalu meng­ulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicin­kan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb per­gerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): kon­frontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; lancaran sl sj perahu yg laju: pd ketika itu kelengkapan Suir dua puluh ~ bertiang tiga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : ; pelancar 1. = pelancaran ark pelantar, pelantaran; 2. kayu palang (baluk) yg menghubungkan dua tiang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.car] | لنچر

Definisi : 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancar (adjektif)
1. Rujuk pantas 1

2. Bersinonim dengan fasih: petah, petes, galir, cekap, pantas, lincir, lincir lidah, lincir mulut,

Kata Terbitan : melancar, melancarkan, kelancaran, pelancaran,

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
smoothly adv (dgn) lancar: here the water runs ~ and deep, di sini, airnya mengalir dgn lancar dan dalam; things are going ~ between them, segala-galanya berjalan lancar antara mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flow3. proceed smoothly, berjalan lancar: the conversation did not ~ easily, perbualan itu tdk berjalan lancar; the policeman watched the traffic ~ing down the motorway, polis itu memperhatikan lalu lintas berjalan lancar di lebuh raya; 4. (of tide) rise, naik, pasang: the tide is beginning to ~, air mula naik; 5. come or derive (from so., st) datang(nya): in mediaeval Europe all power ~ed from the monarch, di zaman pertengahan Eropah kesemua kuasa datang dr raja; 6. continue smoothly, meluncur: his speech ~ed on without hesitation, ucapannya meluncur tanpa tersekat-sekat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smooth 5. (of journey) calm, serene, lancar: we had a ~ channel crossing, kami menyeberangi selat itu dgn lancar; I hope you have a ~ flight, saya harap penerbangan kamu berjalan lancar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pat 2 adv 1.also off ~, by heart, dgn lancar: he had learned the lines off ~, dia telah dapat menghafaz dialognya dgn lancar; 2. aptly, coming at the right time, sesuai benar: the simile fitted ~ into his sentence, kiasan itu sesuai benar dgn kalimatnya; 3.without hesitation, as if already prepared, dgn lancar: his excuse came ~ when I asked him why he couldn’t finish his work on time, jawapannya keluar dgn lancar apabila saya bertanya mengapa dia tdk dapat menyiapkan kerja pd masanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reel 1 ~ st off, menyebut dgn lancar sst: he ~ed off the names of world leaders, dia menyebut dgn lancar nama para pemimpin dunia.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
facileadj 1. effortless, mudah: a ~ victory, kemenangan yg mudah; ~ reading, bacaan yg mudah; 2. fluent, lancar: a ~ speaker, penceramah yg lancar; a ~ style of writing, gaya penulisan yg lancar; 3. glib, licik, licin: a ~ liar, penipu yg licik; 4. superficial, cetek: a ~ mind, fikiran yg cetek; 5. (archaic) gentle, easygoing, lembut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
smooth 8. flowing with ease, lembut dan lancar: she was lulled to sleep by the ~ flow of his words, alunan kata-katanya yg lembut dan lancar menyebabkan dia tertidur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
word-perfectb>2. (of speech, part in a play, etc) memorized perfectly, lancar: his speech was ~, ucapannya lancar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stride get into o’s ~, (sudah) lancar: it took him sometime to settle down, but once he got into his ~, he was fine, dia mengambil masa utk menyesuaikan dirinya, tetapi sekali dia sudah lancar, eloklah dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rattle~ off, say, recite rapidly, approp v + [sst] dgn lancar: the child ~d off the poem he had learnt, budak itu membaca puisi yg dipelajarinya dgn lancar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas