Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cip] | لنچيڤ

Definisi : tirus ke hujung, runcing: mereka me­makai topi ~ yg meruncing di atas kepala; melancipkan meniruskan (menghaluskan) ke hujung, menajamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cip] | لنچيڤ

Definisi : tirus ke hujung; runcing. melancipkan meniruskan ke hujung; menajamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancip (adjektif)
Bersinonim dengan tirus, runcing, lancap, luncung;,
Kata Terbitan : melancipkan,

Peribahasa

Akan memikul tiada berbahu,
     akan menjunjung kepala luncung.

Bermaksud :

Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dientak (hentak) alu luncung.Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung.Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas