Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cip] | لنچيڤ

Definisi : tirus ke hujung, runcing: mereka me­makai topi ~ yg meruncing di atas kepala; melancipkan meniruskan (menghaluskan) ke hujung, menajamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cip] | لنچيڤ

Definisi : tirus ke hujung; runcing. melancipkan meniruskan ke hujung; menajamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancip (adjektif)
Bersinonim dengan tirus, runcing, lancap, luncung;,
Kata Terbitan : melancipkan,

Peribahasa

Akan memikul tiada berbahu,
     akan menjunjung kepala luncung.

Bermaksud :

Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang. luncung = lancip.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peg lateral incisorinsisor lateral lancipPerubatanTiadaGigi insisor lateral yang berbentuk meruncing ke pinggir insisor seperti lancip.
peg-shapedbentuk lancipPerubatanTiadaBentuk sesuatu yang meruncing ke hujung. Biasa digunakan untuk menerangkan bentuk gigi lateral.
acuminateakuminatBiologiHistologi dan SitologiPerihal sesuatu yang mencuar panjang dan lancip, seperti duri.
mesiodensmesiodensPergigianTiadaGigi tambahan yang terletak di kawasan pramaksila bersebelahan garis tengah rahang. Mesiodens biasanya berbentuk lancip dan bersaiz kecil. Mesiodens mungkin erupt di atas batas alveolus atau di mukosa palatal. Gigi ini juga boleh menghalang pengeruptan gigi insisor, mengakibatkan sesaran gigi atau ruang antara gigi.
neonatal teethgigi neonatalPergigianTiadaGigi yang erupt dalam tempoh 30 hari setelah bayi dilahirkan. Gigi neonatal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Gigi ini biasanya kecil, berbentuk lancip dan goyah kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Gigi neonatal yang kerap terjadi ialah gigi insisor bawah. Gigi neonatal dicabut sekiranya goyah atau mencederakan lidah bayi atau puting susu ibu semasa proses penyusuan. Gigi neonatal yang goyah berisiko tertanggal dan diinhalasi ke dalam paru-paru. Sekiranya mengganggu, gigi neonatal akan dicabut menggunakan anestesia topikal.
micro-dontiamikrodontiaPergigianTiadaKeabnormalan kegigian yang mempunyai saiz yang kecil daripada biasa. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kekurangan nutrien pada germa gigi semasa pembentukannya. Contoh gigi mikrodontia ialah gigi insisor lateral maksila berbentuk lancip dan gigi supernumerari seperti mesiodens. Insiden mikrodontia banyak berlaku bersama hipodontia kepada pesakit sindrom Down dan displasia ektoderma.
Acheulean culturebudaya ArcheuleanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBudaya zaman prasejarah yang berkembang di Eropah semasa zaman Paleolitik Awal yang merupakan kesinambungan daripada tahap alatan batu budaya Abeville. Budaya Acheulean juga dikenali dengan nama Abbeville-Acheulean. Nama asal budaya ini diambil sempena tempat penemuannya di St. Acheul, utara Perancis. Artifak paling menonjol ialah kapal batu dengan ciri khusus yang terbahagi kepada dua, pertama mempunyai bahagian hujung yang runcing atau lancip dengan bahagian dasarnya yang membulat yang dianggap berperanan sebagai tempat untuk memegang atau menggenggam. Kedua, bahagian tepi mempunyai kesan nipis pada sekeliling batuan. Kapak batu Acheulean berbeza dengan kapak batu Abbeville yang masih mengekalkan kesan kasar tetapi artifak Acheulean telah menunjukkan ciri kepelbagaian dan penghalusan dari segi pembuatan. Budaya Acheulean turut ditemui di Britain, Afrika, India Selatan dan di Timur Dekat. Alatan batu Acheulean ditemui di kawasan berhampiran dengan tasik dan sungai.

Kembali ke atas