Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngau] | لاڠاو

Definisi : sj lalat (pikat) besar yg menggigit; ~ hijau lalat yg berwarna hijau dan berdengung­-dengung bunyinya; bagai ~ di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar atau orang yg pandai; hinggap bak ~ titik bak hujan = hinggap saja bagai ~ prb sesuatu yg berlaku dgn tiba­tiba; masuk ~ ke mulutnya prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngau] | لاڠاو

Definisi : nama sj lalat besar: ~ hijau lalat yg berwarna hijau dan berdengung-dengung bunyinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langau

Peribahasa

Bagai langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengebat tidak erat, memancung tidak putus, b. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah ia).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai langau mengerumuni bangkai.Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diratapi langau hijau.Anak dagang yang mati di rantau orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalat langau mengerumuni bangkai.Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk langau ke mulutnya.Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai langau di ekor gajah.Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap bak langau, titik bak hujan.Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap saja bagai langau.Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada lalat langau.Tak ada orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas