Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.gam] | لڠݢم

Definisi : Mn 1. cara, kaedah, laku, adat ke­biasaan: menurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; 2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan asli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.gam] | لڠݢم

Definisi : 1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langgam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud banyak ragam?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku, olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada konteks penggunaannya. Makna10.02.2011
Tuan, aPa maksud Perkataan lagu? aPa maksud Perkataan lirik? aPa Pula Perbezaan antara lagu dan lirik ? sekian dan terima kasihLagu membawa maksud: 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb;
Manakala, lirik membawa maksud: 1. sejenis puisi yang menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu.
Makna22.09.2014

Kembali ke atas