Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.gam] | لڠݢم

Definisi : Mn 1. cara, kaedah, laku, adat ke­biasaan: menurut ~ dan pandangan orang-orang kampung, abang masih dipandang hina; 2. irama lagu yg digemari ramai (lwn irama asli): lagu-lagu ~ dan asli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.gam] | لڠݢم

Definisi : 1 cara; ragam; gaya: ~ bahasanya spt loghat orang Kedah. ~ baju Melayu. 2 adat kebiasaan: Di sini ~nya berbeza drpd ~ di tempat saudara. 3 sj irama lagu yg moden dan popular (bukan irama Melayu asli). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langgam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative datingpentarikhan relatifArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah penentuan umur artifak, budaya dan zaman secara umum. Umur ini ditentukan dengan membandingkan ciri artifak dengan kategori zamannya. Perbandingan ini boleh dilakukan ke atas porselin, arca, epigrafi dan tembikar tanah berdasarkan corak hiasan, langgam seni, gaya tulisan, penjenisan dan kronologi hiasan. Contohnya langgam seni hiasan arca berpengaruh Gupta berumur sekitar abad 9 M hingga 12 M. Sinonim umur relatif.
keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli atau keroncong stambul yang dimainkan dalam idiom dan instrumentasi keroncong). Langgam Jawa, iaitu keroncong langgam yang berasal dari Jawa Tengah yang mempunyai sistem tiunan berasaskan skel pelog dan gaya instrumentasinya mengikut muzik gamelan Jawa. Sinonim kroncong.

iconographyikonografiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif.

Kembali ke atas