Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan sesawang. Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.Menurut data kami maksud sawang ialah i. kotoran seperti sarang labah-labah yang terdapat di langit-langit (alang dan lain-lain) rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)  ii. sarang labah-labah, kotoran yang terdapat pada langit-langit (alang, penjuru, dan lain-lain) rumah: istana besar sudah penuh ~ dan balairung seri sudah berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sesawang pula merujuk kepada sesuatu seperti sawang.Makna21.08.2020
wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut)Tatabahasa25.11.2018
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayatEjaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Makna22.09.2014
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumiSalam sejahtera,

Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut.
Sekian, terima kasih.
Sastera27.05.2017
Selamat pagi Saya ingin bertanya semua kanak atau semua kanak-kanak ? sebab di belakang semua / setiap/ para tidak boleh bubuh kata ganda . yang mana betul ? terima kasihKanak-kanak bukan penanda jamak. Gandaan bagi perkataan tersebut sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan seperti gula-gula dan langit-langit. Oleh itu, frasa "semua kanak-kanak" boleh digunakan.Tatabahasa24.09.2012
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih1. Yang Betul  = Kita perlu berjimat menggunakan air.

2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul.
Tatabahasa19.10.2012
apakah maksud dasar langit terbuka?Dasar langit terbuka seiring dengan era globalisasi yang antaranya memudahkan lalu lintas udara, dunia tanpa sempadan atau juga bermaksud tidak terikat dengan mana-mana fahaman yang mengasingkan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Jabatan Perdana Menteri.Makna26.09.2007
bintang-bintang berkerdipan di langit atau bintang berkerdipan di langit.bintang berkerdipan di langit (perkataan bintang sudah membawa makna jamak)Tatabahasa06.07.2011
"Selamat petang. Apakah definasi/maksud perkataan "Tanda Langit" dalam istilah pengiklanan (penlesenan). Terima Kasih"'Tanda langit' merujuk pada papan iklan langit iaitu salah satu jenis papan iklan luar. Saiz dan syarat bergantung pada PBT.Istilah27.05.2013
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjungBumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan  akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat  tersebut.Makna15.03.2008
12345678

Kembali ke atas