Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kau] | لڠکاو

Definisi : dilangkahi atau dilam­paui (bacaan, perbuatan, dll); melangkau melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan, menyelang-nyelangi: bacaannya melangkau-langkau sahaja; melangkaui melalui, melewati: mereka dapat ~ kubu-kubu Jepun yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kau] | لڠکاو

Definisi : ; melangkau melakukan sesuatu (spt membaca, mengira) dgn tidak mengikut urutannya. melangkaui 1 meninggalkan bahagian-bahagian tertentu sewaktu menghitung, membaca dsb. 2 melewati atau melebihi sesuatu batas dll; melampaui. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkau
Kata Terbitan : terlangkau, melangkau,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan.Tatabahasa25.09.2013
langkau dua baris tu macam mana sebab saya berminat nak buat cerpen dan novel tapi tak tahu. Mohon bantuannyaLangkau dua baris bermaksud selang sebanyak 2.0 yang boleh ditetapkan setting) pada ruangan paragraf. Dalam bahasa Inggeris, langkau dua baris bermaksud double spacing.Lain-lain06.08.2022
untuk semakkan ayat, ejaan & bahasaUntuk makluman pihak tuan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2020
Untuk semakan ayat dan bahasaUntuk makluman pihak tuan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2020
PANDUAN MENULIS SURAT RASMI Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 8. Perkara atau Tajuk Surat: 8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur dengan nama dan alamat pengirim serta penerima. 8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan kandungan surat. 8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan digariskan. 8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan. 8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah. Contoh: Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003 * Tajuk surat mesti digaris Tetapi kenapa masih ada lagi surat-surat rasmi daripada mana-mana pihak yang menggunakan HURUF BESAR untuk tajuk surat rasmi atau pekeliling2????? Sedangkan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah...tajuk surat rasmi hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil dan kata sendi nama kecuali bagi huruf pertama setiap perkataanGaris panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan  menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. Walau bagaimanapun bagi tujuan peperiksaan, pelajar hendaklah mematuhi tatacara penulisan surat rasmi yang diajar oleh guru.Lain-lain05.06.2013
Adakah penggunaan perkataan dan penggunaan bahasa Melayu saya betul?Untuk makluman pihak tuan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan26.11.2020
Mohon bantuan semakan tatabahasa dan penggunaan perkataan bagi teks skrip pengacara majlisUntuk makluman pihak tuan, DBP menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/ Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tersebut kepada fadhilahbahar@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.Lain-lain19.10.2022
Sila murnikan teks yang disediakan dalam fail yang dilampirkan.

Semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak tuan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/ Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tersebut kepada fadhilah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.

Lain-lain05.02.2021
saya berminat untuk menghantar karya-karya saya kepada DBP.soalan saya,apakah syarat yang ditetapkan oleh DBP untuk saya menghantar karya-karya itu?berapa muka surat dan sebagainya.

Bagi karya yang berbentuk rencana, jumlah halaman antara 6-7 halaman bertaip dua langkau saiz A4, ditulis dalam bahasa Melayu, karya asli, dan tidak pernah terbit dalam mana-mana media.

 

 

Lain-lain03.04.2010
bagaimana saya boleh menghantar karya saya ? contohnya sajak gurindam dan sebagainyaKarya saudara hendaklah dihantar kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Karya saudara hendaklah ditaip di atas kertas kuarto berwarna putih, dan ditaip jarak langkau dua baris. Sila nyatakan nama majalah(Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Dewan Siswa dll)  pada sampul surat dan maklumat peribadi pada surat iringan.Lain-lain06.03.2009
1234

Kembali ke atas