Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.sing] | لڠسيڠ

Definisi : lampai (tubuh badan), langkai, ramping: penari itu berbadan ~ dan berkulit kuning langsat; melangsingkan menjadikan (badan, tubuh) langsing: ~ badan; kelangsingan perihal (keadaan) langsing: ~ bentuk badannya; pelangsingan proses melangsingkan: ma­kanan yg lebih baik dapat menyebabkan pembakaran lemak dlm proses ~; pelangsing ramuan, ubat, dll yg boleh melang­singkan badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sing] | لڠسيڠ

Definisi : bunyi nyaring yg mendesing: dia disergah oleh salakan ~ anjing-anjing dr luar pondok itu; melangsingkan menyaringkan (suara); kelangsingan keadaan langsing: ~ qasidah yg dilagukan oleh Syeikh Qusairy; ®langsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sing] | لڠسيڠ

Definisi : tinggi lampai (bkn tubuh badan); ramping. melangsingkan merampingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lang.sing] | لڠسيڠ

Definisi : bunyi nyaring yg mendesing. melangsingkan menyaringkan (suara, bunyi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsing (adjektif)
Bersinonim dengan ramping, lampai, langkai;,
Kata Terbitan : melangsingkan, kelangsingan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSANG

Musang ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti kucing yang panjang langsing. Tetapi

musang mempunyai muncung yang lebih runcing,

ekor yang lebih berbulu dan kaki yang lebih

pendek daripada kucing. Musang hidup di Asia,

dari India hingga ke Indonesia, dan di Afrika.

UMUM 
PIKE

Pike ialah nama biasa bagi famili ikan air tawar

yang terkenal dengan selera yang rakus dan

mempunyai semangat melawan. Ahli famili pike

mempunyai tubuh yang panjang dan langsing,

dengan muncung berbentuk umpama paruh itik

yang dipenuhi dengan gigi.

UMUM 
AYAK-AYAK

Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi

sejenis serangga berkaki panjang yang juga

dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia

mempunyai badan yang langsing dan kaki yang

sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang

dengan perlahan dan lazimnya terdapat di

kawasan berumput

dan berhampiran

dengan air. Ayak-ayak

betina bertelur,

kemudian telur

tersebut menetas

menjadi larva yang

dikenali sebagai

‘Leather-jacket’ .

Makanan utama

leather jacket ialah

akar tumbuhan.

Sesetengahnya haiwan

perosak bagi tanaman

bijirin.

UMUM 
KINKAJOU

Kinkajou ialah anggota famili rakun yang

boleh bergantung dari dahan pokok dengan

menggunakan ekornya yang panjang. Kinkajou

berbadan langsing dan membesar lebih kurang 90

sentimeter panjangnya termasuk ekor. Ia berbulu

tebal berwarna perang kuning.

UMUM 
KUPU-KUPU LANG

Kupu-kupu lang ialah anggota famili

kupu-kupu besar di seluruh dunia yang berwarna

terang yang juga dikenali sebagai kupu-kupu

sfinks. Kupu-kupu ini mempunyai badan yang kuat,

bergaris arus; kepak depan yang langsing

dan kepak belakang yang kecil.

UMUM 

Kembali ke atas