Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pavementturapan; hamparanKejuruteraanTiada1. Lantai keras daripada konkrit, bata, jubin atau bahan lain.,2. Permukaan yang diturap.
joist; stringergelegarPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu gergaji panjang berbentuk segiempat bujur yang mempunyai ketebalan kira-kira dua kali ganda daripada lebarnya, dan banyak digunakan untuk memasang lantai. Gelegar lantai biasanya dipasang selari di atas rasuk dan di bahagian bawah lantai. Sin: alang. 2. Kayu yang digunakan dalam kerja-kerja pembinaan, sebagai penyokong atau penyangga kepingan kayu yang lebih kecil daripadanya dan banyak digunakan dalam pembinaan jambatan, rumah, dan juga sebagai asas susunan kayu semasa keringan udara.
continuitykesinambungan; keselanjaranKejuruteraanTiada1. Penyambungan lantai kepada rasuk, dan rasuk kepada rasuk yang lain atau kepada tiang, yang dilakukan dengan baik sehinggakan kedua-duanya melentur bersama-sama apabila ditindaki beban dan, dengan sebab itu, saling mengukuhi.,2. Kewujudan laluan tak terganggu bagi arus dalam sesuatu litar.,3. Helaian yang disediakan untuk digunakan dalam persembahan lisan bagi siaran radio.
marine abrasionlelasan lautGeologiTiada1. Hakisan lantai lautan oleh enapan yang digerakkan oleh tenaga gelombang.,2. Hakisan ngarai submarin oleh gerakan enapan menuruni cerun di bawah pengaruh graviti.
cavity floorlantai kavitiPergigianTiadaDasar kaviti yang merupakan takat terdalam dalam kaviti. Lantai ini perlu mempunyai kedalaman yang bersesuaian dengan bahan restorasi yang digunakan. Misalnya, kaviti amalgam lantai kaviti haruslah mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya 1 mm untuk memberi kekuatan kepada bahan restorasi tersebut.
cable markerpenanda kabelTeknikElektrik1. Penanda yang menunjukkan terdapatnya kabel dalam lantai simen atau tanah. Pada lantai simen, penanda ini biasanya ditunjukkan dengan penutup kotak simpang yang berwarna, sementara penanda bagi kabel dalam tanah pula menggunakan batu bertulis keterangan tentang kabel, batu dengan simbol khas, atau jubin kabel. 2. Penanda yang menunjukkan tugas atau kod nombor kabel mengikut reka bentuk gambar rajah. Penandaan ini dilakukan dengan melilit pita, gelang atau cakera di hujung setiap kabel yang dikehendaki. Setiap satu tugas dibezakan dengan warna atau nombor kod.
bottom netmain jaring bawahSukanTiadaPukulan yang dibuat dengan bulu tangkis berhampiran jaring, iaitu kira 1/2 m dari lantai dan jaring.
abyssal bed formbentuk dasar abisSains MarinTiadaBahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis.
ductsalurTeknikElektrik1. Tiub logam panjang dengan keratan rentasnya berbentuk segi empat bujur tanpa berpenutup di hujungnya. Tiub ini merupakan tempat laluan kabel yang biasanya dipasang tersembunyi dalam tanah atau lantai. Salur digunakan dalam pendawaian kerana salur dapat menyediakan pendawaian walaupun kedudukan alat sebenar belum diketahui, mudah diubah/ditambah litar tanpa perlu memecah simen penutupnya, kemas dan teratur. Biasanya salur digunakan untuk pendawaian seperti di makmal, dan pejabat. Nama lainnya ialah salur bawah lantai. 2. Laluan pengaliran udara untuk penyejukan mesin elektrik atau bilik, dalam sistem penyaman udara.
lingualinguaPerubatanTiada1. Lidah, iaitu organ berotot pada lantai mulut, merupakan organ utama bagi rasa, membantu mengendalikan makanan semasa pengunyahan dan penelanan dan berperanan menjelaskan pertuturan.
12345

Kembali ke atas