Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ta/] | لنتق

Definisi : 1. pukul (supaya masuk, padat, dll), pantak; emas ~ emas yg berbatang-batang; senapang ~ senapang yg ubat bedilnya diisi dr mulut; 2. membuat sesuatu dgn sesuka hati: biar ~ dia berbuat begitu; melantak 1. memukul kuat-kuat, meng­hentam, memantak: dilantak kepalanya ke dinding; 2. bk melakukan sesuatu dgn sesuka hati (cepat-cepat, gelojoh, sungguh-sungguh dsb), menggasak: di belakang kami, mereka itu ~ sate dan semua makanan yg terhidang; melantakkan memasukkan sesuatu dgn dipukul (dipantak dll), memantakkan; lantakan; emas ~ emas lantak; senapang ~ senapang lantak; pelantak besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul, antan pelocok (bomba dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ta/] | لنتق

Definisi : ; melantak 1 memukul kuat-kuat; menghentam: Pak Ahmad ~ batang besi itu ke dlm tanah. 2 bk membuat sesuatu (makan, minum, berbelanja dsb) sesuka hati atau sepuas hati. pelantak besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantak
Kata Terbitan : melantak,

Puisi
 

Anjunglah Siam patah kemudi,
     Ambil paku lantak di papan;
Diamlah diam tidak berbunyi,
     Lupalah malu bertepuk sopan.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENAPANG LANTAK

Senapang lantak ialah senjata api yang

digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya

raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali

digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk

memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal

daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna

anak helang atau daripada nama pereka Itali,

Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya

bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy,

iaitu nama awal Rusia.

UMUM 
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 

Kembali ke atas