Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.nun] | لانون

Definisi : perompak laut, bajak laut; melanun merompak spt lanun (di laut); pelanunan perbuatan atau kegiatan melanun: ~ di perairan itu semakin menjadi-jadi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.nun] | لانون

Definisi : perompak di laut. melanun merompak di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanun (kata nama)
Bersinonim dengan perompak laut, bajak laut, penjenayah, penjahat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, 1. bagaimanakah penggunaan imbuhan bagi perkataan pemerdagangan manusia . 2.adakah perkataan ini betul dari segi penggunaan imbuhan dan maknanya. 3. kenapa istilah ini tiada dalam kamus dewan. sekian, terima kasih

1.  Di bawah kata dagang ada kata terbitan mendagangkan dan memperdagangkan yang bermaksud menjadikan  sesuatu untuk dijual beli, atau dalam kata lain disebut menjualbelikan (barang-barang perniagaan), atau memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): seperti contoh ayat - rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing dan lembu. Oleh itu, kata terbitan memperdagangkan bermaksud perihal menjadikan sesuatu (termasuk manusia) untuk dijual beli atau meperniagakan manusia. Perkataan pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

   

Tatabahasa31.03.2010
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih

1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud  1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. 

Istilah25.08.2009
Apa terjemahan 'avast' dan 'aye' yang biasanya digunakan oleh lanun?

Avast” bermaksud “berhenti”. Perkataan ini digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan pelayaran kelasi atau perkapalan. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN).

 Aye”  bermaksud “baik tuan!”. Perkataan ini ditandai dengan tanda arkaik (tidak lazim digunakan)  dalam kamus. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN dan KAMUS DEWAN PERDANA).

Makna03.07.2022
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih.1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya.
2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa11.06.2020
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
maksud hiruk-pikuk?

Saudara Muhammad Farhan,

Perkataan hiruk-pikuk bermaksud  keadaan riuh-rendah, sibuk dan bising, gempar, huru-hara: dlm ketika ~-pikuk itu, perahu-perahu lanun bertempiaran lari arah ke selatan; ketawa hilai yg bercampur dgn ~-pikuk suara orang yg mabuk.  Untuk mengetahui makna perkataan, saudara perlu memilki dan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Makna10.01.2010
Salam, Yang mana satu betul? Menurut PRPM (tatabahasa) penggunaan "ianya" tidak boleh digunakan tetapi perkataan ini terdapat dalam Kamu Dewan ke-4, contoh: dendam: "Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu".Untuk makluman, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya.Tatabahasa25.03.2017
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018

Kembali ke atas