Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, mem­biarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Mana satu ayat yang betul. Adakah 'perut lapar" atau 'lapar perut?"Perkataan perut lapar dan lapar perut, kedua-duanya betul namun penggunaannya dalam konteks tidak rasmi. Dalam konteks rasmi perkataan lapar sahaja yang digunakan.Tatabahasa20.07.2021
Saya ada beberapa soalan tentang penggunaan "sebab" dalam tatabahasa, di mana jawapannya sering bercanggah dalam Khidmat Nasihat DBP. 1. Dia makan coklat sebab/kerana lapar. Saya faham "sebab" ialah kata nama, dan ini sering disebut dalam Khidmat Nasihat. Namun, definisi untuk "sebab" dan contoh yang disenaraikan dalam DBP ialah [se.bab] | سبب Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; Mengapa "ia dipecat sebab malas" dibolehkan di sini? 2. Dalam konteks dialog atau sari kata, "Dia lapar. Sebab itu/Itu sebabnya dia makan." Yang mana betul? Jika kedua-duanya salah, boleh berikan jawapan yang betul? 3. Dia mengemis disebabkan/disebabkan oleh kemiskinan. Yang mana betul?Ayat yang betul ialah:

1. Dia makan coklat oleh sebab lapar. / Dia makan coklat kerana lapar.
2. "Dia lapar. Oleh sebab itu dia makan."
3. Dia mengemis disebabkan oleh kemiskinan. 
Tatabahasa24.07.2020
Salam, Saya ingin menanya tanda baca. Bagaimanakah kita dapat menggunakan tanda petik dengan betul? Untuk menyatakan dialog, adakah setiap dialog diakhiri dengan tanda titik lalu dengan tanda petik tutup? Kerana ayat yang diujarkan sudahpun merupakan ayat yang lengkap. Misalnya (a) "Saya tak lapar." Kata Abu. Saya banyak jumpa keadaan seperti ini: (b) "Saya tak lapar,"kata Abu. Dalam ayat (b) "kata Abu" dan "saya tak lapar" digabungkan sebagai satu ayat, dan barangkali "saya tak lapar" dianggap objek dalam ayat ini. Terima kasih.Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Saya tak lapar," kata Abu.Ejaan08.05.2012
ISyafiq menelan sup ayam yang baru dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar. IIPembinaan lebuh raya itu menelan kos berjuta-juta ringgit. IIIJasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih. IVKerajaan Malaysia telah menelan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat. "Dalam keempat-empat ayat ada kesalahan tak?
Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Syafiq menghirup sup ayam yang bari dimasak oleh ibunya kerana terlalu lapar.
2. Pembinaan lebuh raya itu menelan kos jutaan ringgit.
3. Ayat " Jasmin hanya menelan sahaja kata-kata cacian yang telah dilemparkan kepadanya dengan perasaan sedih" adalah
    betul.
4. Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan wang yang banyak untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Tatabahasa26.04.2022
keluarga Mak Limah terpaksa menahan lapar oleh sebab suaminya tidak dapat ke laut akibat sakit. tuan, apakah kesalahan dalam ayat ii? tq

Dari segi nahu ayat tersebut adalah betul tetapi kurang tepat dari segi makna/jalan ceritanya.

Tatabahasa20.09.2011
salam sejahtera tuan. apakah kesalahan dalam ayat tersebut: 1. Bayi itu lapar maka dia menangis. 2. Orang sakit itu dibawa ke hospital. Jika ada kesalahannya, boleh tuan berikan alasan. terima kasih...1. Lebih sesuai menggunakan perkataan lalu.
2. Ayat tersebu betul.
Tatabahasa25.05.2015
Saya hendak tanya soalan ini. 1. Suki telah menghabiskan______kek itu kerana terlalu lapar . A semua B kesemua C ketiga-tiga Mana satu jawapan yang betul ? 2. Apakah perbezaan cara penggunaan semua dan kesemua ? maksud kedua-dua ada beza tak ? Trima kasih atas nasihat.1. Ketiga-tiga pilihan yang diberi boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut. 
2. Semua bermaksud sekalian dan segala dan semua juga membawa maksud kesemua, iaitu segenap, setiap, seluruh.
Tatabahasa12.04.2012
Nyatakan ayat-ayat berikut sama ada ayat songsang atau susunan biasa. 1. Ada beberapa kekliruan yang timbul. 2. Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik.Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 478.Tatabahasa13.08.2012
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut ayat songsang atau ayat susunan biasa. 1. Ada beberapa kekeliruan yang timbul. 2. Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik.Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa13.08.2012
Toleng nyatakan sama ada ayat-ayat berikut ini ayat susunan biasa atau susunan songsang. 1. Ada beberapa kekeliruan yang timbul. 2.Bahawa dia lapar telah dinyatakan oleh adik.Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dalam ayat pertama misalnya ayat tersebut tidak lengkap (Tidak ada predikat). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa13.08.2012
12

Kembali ke atas