Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, mem­biarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak­-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.par] | لاڤر

Definisi : berasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapar (adjektif)
Bersinonim dengan kebulur, kemaruk;,
Kata Terbitan : berlapar, melaparkan, kelaparan,

Puisi
 

Mudik beralun kelong ditahan,
     Bemban hanyut dengan uratnya;
Perut lapar lalu kutahan,
     Hati rindu tiada ubatnya.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hungerlaparPsikologiPsikologi UmumKeadaan dalam homeostasis individu yang memotivasikannya untuk mengisi keperluan supaya keadaan keseimbangan fisiologi tercapai. Punca utama lapar ialah kekurangan atau merosotnya bahan utama tenaga, iaitu glukosa dalam darah. Maklumat kekurangan gula dalam darah akan terpancar ke otak terutama pada bahagian hipotalamus yang mencetuskan tingkah laku untuk mencari makanan sama ada berburu dalam kalangan haiwan atau manusia primitif. Hipotalamus sisi merupakan bahagian otak yang mencetuskan rasa lapar dan membantu memotivasikan individu untuk mencari makanan. Di samping itu, maklumat daripada organ hati dan perut juga berperanan dalam menimbulkan motivasi untuk mencari makanan melalui rasa lapar.
oxygen hungerlapar oksigenPerubatanTiadaTiada
hunger edemaedema laparPerubatanTiadaTiada
hunger swarmkerumunan laparPertanianTiadaTiada
hunger drivedorongan laparSosiologiTiadaTiada
hunger strikemogok laparSejarahTiadaTiada
سد الرمقkadar menahan laparAgama IslamFiqhKadar makan atau minum yang diharuskan oleh syarak dalam keadaan darurat untuk menahan kelaparan dan menyelamatkan nyawa.
cynorexiasinoreksiaPerubatanTiadaKeadaan lapar yang berlebihan.
bulimiabulimiaPerubatanTiadaKeadaan rasa lapar yang tidak dapat diatasi, terutama akibat lesi otak.
acoriaakoriaPerubatanTiadaPenyakit saraf dengan individu terasa lapar walaupun sudah makan
123

Kembali ke atas