Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terom­pah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda sau­daranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar meng­kuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : ; lopak-~; ®lopak IV. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pi/] | لاڤيق

Definisi : alas (tikar dll): ~ tilam itu baru saja ditukar. ~ kaki selipar (terompah dll). ~ perut makanan yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tiang alas tiang. berlapik memakai atau mempunyai lapik: Dia duduk di atas lantai yg tidak ~. berlapikkan ada sesuatu sbg lapik: Dia tidur ~ tikar usang. melapik memasang lapik pd atau memberi berlapik: Ibu ~ periuk dgn lekar. ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar. melapiki merupakan atau menjadi lapik pd: Lekar ~ periuk. melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik: Ibu ~ tikar di bawah tilam itu. pelapik sesuatu yg dijadikan lapik atau alas; pengalas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapik
Rujuk :alas

Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan berikut. Semuanya berkaitan bahagian kasut. 1. Insole 2. Midsole 3. Outsole 4. Vamp Terima kasihSalam sejahtera, 

Insole- lapik dalam

Tiada padanan bagi midsole dan outsole. Tuan boleh sesuaikan melalui padanan lapik dalam.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.07.2019
menggunakan_________surat khabar sebagai lapik duduk. A sekerat C sekeping B sehelai D selembar MUNSYI, JAWABAN IALAH SELEMBAR,ADAKAH JAWABAN INI BERTEPATAN? tk PETUNJUK MUNSYI SELAMA INIJawapan yang betul ialah sehelai.Tatabahasa11.04.2012
Salam, tolong berikan padanan Bahasa Inggeris bagi istilah 'action back' untuk jenis lapik belakang karpet. Saya turut sertakan gambar berkenaan. Terima KasihMerujuk kamus dalam bidang kesenian, maksud action back ialah lelipat aksi belakangMakna16.10.2017
Salam sejahtera saudara, Adakah terdapat peribahasa lain yang sama maknanya dengan "Berhampar lapik, berlicin daun"? Saya mengalami masalah untuk menterjemahkan peribahasa ini ke dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang penterjemahan peribahasa ini ke dalam bahasa Inggeris dalam pangkalan data kami.Penyemakan dan penterjemahan09.05.2017
Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan.Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.Makna10.01.2014

Kembali ke atas